"paris mane paris"
aku bertanye kunci moto ku yang keychain menare paris dengan lagak kool. Belum sempat budak budak ni menjawab, kunci tu aku da jumpe.Macam bodoh terjerit sorang sorang,tersengih aku sorang sambil keluar rumah, dan sempat juge aku betanye nabil nak ikut ke tak. Motor dihidupkan dan mule keluar menyusuri lorong taman jati menuju ke kedai mamak yang dijanjikan.
Selesai parking motor, tibe tibe ada orang jerit
"patop la tak dengor, naek moto baru"
Jerit zuf dengan sleng teranggau nyer, aku turun dari motor sambil tersengih dan tak tahu nak jawab ape.
"woo motor baru"
jerit umaq dengan lagak kedah nyer yang entah pape ngan muke tak bersalah. Pagi tu ramai jugak yang datang, aku parking kerusi disebelah faiq antare umaq, dimeja tu terlihat jeko a.k.a jaing tersengih terpandang aku. bersalaman macam ari rayer bersame zuf dehe dan ayeb, mujur tak dimntak duet raye.
Untuk memudahkan jalan citer, perlawanan bola yang awal pada pgi tu berkesuahan seri 1-1 antare Real Madrid ngan CSKA moscow. padam muke real maen macam tahik walaupun agak power sepoi bahase. Match tu abes awal, aku lepak rumah budak budak tu, sempat melayan citer BMS( Blue Mauntain state) yang dipakse tengok oleh umaq,mujur la citer seronok sambil geak gelak macam orang giler.
Malas aku nak bercerite panjang, zuf paling awal siap macam semangat semacam nak tenok game chelsea pagi tu, cepat budak budak laen memollow zuf. Sesampai di kedai mamak tadi setting port depan tv dengan harapan match tidak bosan.
"hah da mule da"
ak lupe lak sape yang cakap ni, anggap la ni suare sume orang kat meja tu. Mata mate sume da memandang sekeping kaca berwarna maklum la sekarang da maju da tak de kotak suare, sume da gune flat sekering, orang sume da kaye, lupekan bahagian ni, aku tak tahu nak tambah hape.
perlawan Chealsea antara Napoli berlansung dengan lancar tanpa ganguan penonton yang lari berbogel seperti match liverpool sebelum tu, penonton tersebut berlari dalam keadaa berbogel terus memeluk dan cium pertahanan liverpool, carragher(entah betol ke tak aku eja name dye).Berite ni aku tak perasan sangat, sampai lah nabil tunjuk kat aku gambar penonton fanatik tersebut peluk cium pemain tersebut dalam keadaan bogel.
Pada minit 27, matta yang memakai jersi sepuloh mengambil peluang keperakan itu dengan gah terus menge`cheat`kan keper napoli akibat kelalaian pertahaan napoli. kamera menujukkan matta meraikan gol bersama pemain pemain lain, aku menunggu kamera menghala ke arah Fernando Torres untuk melihat reaksi pemain kegemaran aku itu apabila jaringan gol itu terhasil, malahan tak terlihat langsung kelibat manusia tersebut, sedih hati tak terkate. hati aku berkate,
"AVB ni mesti masuk torres minit minit last, maklum lah supersub"
Kegembiraan kami tak berpanjangan, kami tu sebenar nye tak ramai, aku dengan zuf je penyokong chelsea, faiq merupekan penyokong arsenal yang juge kalah besar kepada ac milan,4-0, mungkin juge faiq berharap chelsea menang. Umaq pule penyokong tegaq liverpool hanye tersengih melihat gol nasib chelsea, mungkin dye bengang dengan liverpool kerana tak masuk champion league, manakale jeko, die merupekan anti chelsea kerana bengang dan malu manU kalah awal dalam champion league.
Pada minit 38, lavezzi menbuat camane entah tibe tibe bola masuk gol, aku tengok ulangan baru nampak kebodohan pemain pertahanan chelsea terutama meireles yang bangang menbiarkan penyerang napoli, lavezzi menyumbat gol yang agak cantek.Aku terdiam sekejap sambil memandang zuf mengaru kepale dan terus menutup muke, agak nakal kelakuan zuf apabila melihat gol itu terhasil.Aku juge mungkin akan berbuat demikian tetapi aku cube berlagak kool dengan harapan chelsea bermain dengan lebeh elok.
Harapan aku tak kemana da terus menghilang ditiup angin malam yang sejuk seperti yang di luah oleh jeko yang asyik merengek macam budak budak akibat deruan angin dari ruang pintu kedai mamak tersebut.
"sejuk weh, aii,, sejuk la sa. dok jadi ni"
luahan jeko kepada aku dengan stail longat pantai timur, kelantan.
Harapan yang diharap aku tadi da hilang kerana chelsea bolos satu lagi, abes budak budak ni jerit kecuali ak dengan zuf duduk terdiam menbisu ibarat tunggul kayu. Aku serba salah nak salahkan sape, nak salahkan defend pon, memang defend da maen camtu tak reti reti nak maen lagi elok, nak salahkan avb, tak boleh bukan dye yang maen bola. Last2 aku salah diri aku, sape suruh tengok, gol tersebut dijaring oleh edisson cavani penyerang napoli pada minit minit terakhir firsthalf, muke nye agak garang apabile dipandang betul betul.seketika selepas itu reff meniup wisel tanda tamat firsthalf. Aku tak bercerite apa yang berlaku semase rehat perlawanan tersebut.
Perlawan 2nd half bermula dengan rentak biase oleh due due pasukan, walaupun kelibat semua pemain napoli agak laju dan pantas berlari.Aku berharap miracle(omputih la pulok) berlaku, dan miracle memang berlaku pon dengan chelsea bolos lagi dengan jaring sekali lagi oleh lavezzi pada minit 65.Hampeh betul miracle tersebut memihak kepada napoli. Budak budak ni bukan nak diam pon hampir satu kedai jerit gol.
seperti biase aku ngan zuf menbuat rutin bolos tetapi kali ni aku bersuare,
"aih chelsea, main camni memang tak leh menag, cube gak maen cam biase"
zuf mencelah,
"macam biase pon macam tahik gok sa"
balas zuf dengan muke teberk, mungkin bengang dengan pasukan sokongan nyer begitu bodoh pagi tu.
OFFTOPIC.
kalau pasal teberk, aku ada cerite, bagi aseng ngan najat teberk ni mungkin diibarat muke yang sedang bengang atau macam bangang, sori la zuf kalau terasa.cerite nyer bermule di pasar malam semarak, kami terjumpe seseorang, tak perlu lah cerita yang mengaibkan orang itu yang mengingatkan perkataan teberk. Mula la najat bertanye kepada aseng,
"seng, kau tahu tak sape berk??"
"berk mane ar?"
aseng plak tanye najat
najat membalas,
"begitu la awan nano nano..............."
lagu tersebut begitu femes sekarang oleh kerana memenangi AJL baru baru ni.
Aseng tersengih dengan jawapan najat tersebut, mungkin bengang dengan jawapan tersebut. Aseng menujukan soalan tersebut kepada azik kerana azik takde pada mase najat menanyekan aseng. Keadaan nye same seperti najat menjawab pertanyaan aseng dan kami gelak ramai ramai. Walaupun ianya lawak agak biase tapi ia seronok bile bersame ngan budak budak ni.
topik asal.............
kate kate zuf memang ada benar nye, cam biase pon chelsea maen macam tahik gak. Aku cube meneguh pendirianku bahawa chelsea power seperti mana aku harapkan.Aku memandang kiraan mase da masuk minit 80, aku terpikir bile lah pemainku,torres akan dibawe masuk ke padang.Aku mule mengharapkan seri walau untuk menang memang payah.
MINIT 90 tibe, pemainku tidak muncul dan rentak maseh kekal 3-1, aku hanya mampu menghabeskan sisa sisa rokok ditangan, kalau diikot kan da banyak punting rokok yang dibuang bawah kerusi. wisel penamat berbunyi dan MAKA KALAH LAH CHELSEA.
Untuk menyedapkan hati, aku menganggapkan biase la adab permainan kalah menang, bangun dari kerusi mencapai kunci paris dan ke kaunter tidak lupe mengucap selamat apgi kepada saing saing. setelah bayar air teh panas dikaunter, kunci di On, enjin dihidup, kaki menekan gear, terus meluru dengan laju dengan lagak bengang walhal pelahan kembali apabila tibe di bonggol. aku terus menbelah diri kerumah dengan kembali meluru laju menbelah cahaya kesamaran subuh pada pagi itu....
No comments:
Post a Comment