Suasana tegang dipetang hari mula dilupai mereka yang telah dikuasai emosi trauma, kelibat aku seperti mereka juga sebagai mangsa pendaratan kecemasan. Aku hanya mampu memandang sekeliling menghayati suasana sambil melayan keghairahan unggas rimba berdansa keriuhan tanpa menghirau susasana sekeliling. Aku cuba mengimbas kembali suasana genting yang dilalui oleh penumpang kapal terbang dalam perjalanan ke Queensland yang mana terlibat dalam ribut angin lintang sepertimana yang dikhabarkan oleh kapten kapal terbang. Saat tersebut begitu pantas sehingga kelipan mata yang keduaku menjelma kepada suasana didarat sementara kelipan pertamaku masih di persimpangan udara. Aku cuba mamadam beribu anggapan aku untuk apa yang akan berlaku selepas ini, macamana, apa, kemana, bila, tanggapan itu menbuatku lebih risau malahan menbuat hati ku gundah gulana.
Aku cuba memejam mata untuk melupakan urusan dunia mencuba bermesra dengan alam khayalanku untuk menerjah masuk ke alam tidur, kesungguhan itu tidak berhasih kerana kerisauan hati begitu bermaharajalela sehingga mataku begitu ringan untuk berkelip kelip sepertimana hari hari sebelum. Pandanganku terbentang luas melihat mangsa mangsa seperti aku masing masing berselimut kesejukan, ada yang berpelukan yang keseorang ada yang terbaring dan tidak juga yang tidur kenyenyakkan. Bermacam ragam manusia berkelakuan tanpa menghiraukan susanan sekeliling, bilangan mereka tidak dapatku tentukan dalam suasana kelam sebegini. Aku cuba mencari seorang teman untuk berbicara menceritakan kisah silam masing masing, harapanku begitu mengeruhkan kerana suasana disitu begitu aman hanyalah lirikan suara unggas alam yang setia menemani teman temannya yang lain.
Suasan harmoni itu dicelah dengan begitu kasar malahan telah mengubah suasana ragam manusia disitu dengan diteliti tepat pada seorang lembaga manusia yang berdiri tegak dengan sepacak obor api ditangan. sejenak itu, lembaga itu bersuara,
"Maaf menggangu, saya aunullah, oleh panggil saya aunu, disini saya ingin memohon sedikit tumpuan dari kalian semua, saya ada beberapa hajat untuk dikemukakan, pertama, saya memerluka beberapa orang sukarelawan tidak kira jantina, tetapi saya lebih mengesyorkan dari kalangan kaum lelaki kerana sukarelawan ini diperlukan untuk menjadi penjaga malam sebagai langkah keselamatan kerana kita berada berhampiran kawasan hutan rimba. Kedua, saya harap kalian dapat tenangkan diri dengan pengalaman yang telah kita semua lalui pada petang tadi dan yang terakhir saya harap kalian semua dapatkan rehat secukupnya untuk kita menghadapi hari esoknya yang kita tidak tahu akan ramalan yang berlaku. Selamat malam semua."
Setelah lagak lembaga tersebut berakhir, aku sedikit tenang kerana ada juga orang yang mengambil berat akan keselamatan kami semua, walaupun ucapan lembaga tersebut begitu ringkas tetapi padat bersama sedikit pesanan yang berguna. Pada pandangan aku, aunu merupakan seorang insan yang boleh digelar hero walaupun lagak nya seperti ketua. Aku bangun untuk menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan kerana situasi diri tidaklah seperti memerlukan tidur. Langkahku melintasi segerombolan manusia yang berbaringan untuk mencari seorang insan hero bernama aunu yang gayanya bersama obor api ditangan. Pencarian ini dimulakan dengan mata meliar melibas angin malam bekeliaran bekejaran sesama mereka,
No comments:
Post a Comment