Wednesday, 13 February 2013

kertas kuasa


Kota raya tempat tumpuan segala rakyat jelata, berpusu pusu, berdebar hati menuju kota raya. Segala gelagat, ragam, perangai, jantina, bangsa, dan agama mampu ditenung di semua kota raya seluruh dunia. Yang bakal mencetus segala rasa, kota raya tidak mengendahkan malam adalah untuk berehat, malah makin hebat disambutnya malam itu. Segala kemahuan dikecapi, berbagai nafsu boleh dilunaskan disini tidak mengira nafsu makan minum, nafsu kebendaan malah juga serakah hawa nafsu.


Kehidupan di kota raya besar begitu indah dan sangat memudahkan, segala bagai boleh didapatkan dengan mudah dengan bantuan kuasa kertas yang hebat mampu memenuhi hajat yang diidamkan. Kuasa kertas ini begitu menakjubkan mampu menjatuhkan sesiapa sahaja, dengan kuasa ini seseorang itu mampu menguasai dunia malah juga alam diluar sana. Boleh dikatakan semua benda didalam dunia ini boleh didapatkan dengan kuasa kertas ini. Kertas in bukan sebarang kertas, kertas ini mempunyai kuasa yang mampu mengubah dunia.

Kertas hanyalah kertas pada hakikatnya, apabila seseorang itu begitu taksub akan kehebatan kertas ini, maka terhasillah kuasa yang mampu mengoncang dunia, mengubah nasib dan takdir seseorang malahan percaya tiada yang hebat melainkan kuasa itu. Begitu ramai manusia rebah dengan kuasa ini, dan juga begitu ramai manusia bangun dengan kuasa ini. Kuasa ini menyebabkan manusia lalai dengan dengan diri sendiri malah tuhan makin dilupakan. Ketaksuban keatas kuasa ini mengubah pegangan dan kewarasan otak berfikir menyebabkan manusia bersifat kebendaan dan juga perasaan angkuh dan lupa diri.

Semakin menyerlah kuasa kertas ini apabila berkecimpungan dengan warga kota raya, disebuah tempat yang boleh didapati hampir semua barang didunia, dengan adanya kuasa ini seorang itu akan merasakan kuasa kertas itu telah menjadi kekuasaanya untuk memiliki semua benda yang ada. Kuasa ini juga mampu membuat manusia bergelimpangan dalam dosa, dosa yang mereka tidak kenal akan erti dosa. Mereka merasa perbuatan mereka ini tidak melibatkan hukum tuhan iaitu dosa,

kehidupan mereka lalui seumpama syurga. Syurga dunia ini terhasil oleh fikiran manusia sendiri, pada hakikatnya mereka sendiri memahami bahawa syurga adalah sesuatu yang mengembirakan, tetapi kegembiraan mereka yang mereka rasai itu adalah kegembiraan yang dimurkai hukum tuhan.

Cukuplah sekadar ini, jika seseorang itu sedar akan kuasa kertas ini tidaklah berkekalan dan ada pengakhiranya, mereka mungkin tidak terjebak akan rangsangan dan pengaruh kuasa tersebut. Kuasa kertas ini hanyalah sementara, walaupun ia dalam kuantiti yang tinggi dan mustahil kuantiti itu akan bertukar ke angka infiniti. Di fikirkan dengan logik akal, kertas ini pada asal nya adalah kertas biasa yang kuasanya dijelma sendiri oleh manusia. Kertas dihasilkan dari pokok dan juga daunan tertentu, kalaulah ketaksuban seorang itu untuk menghasilkan kertas kuasa ini ke angka infiniti, pokoknya dan daunya akan kepupusan diatas muka bumi ini, maka kuasa kertas ini terbatas dan tidak berkekalan. Ini belum dinyatakan melalui fatwa ekonomi tentang kertas kuasa ini dan tidak perlulah diterang. Pada hakikatnya, kuasa ini boleh digunakan dengan sebetulnya dengan keperluan tertentu dan tidak kearah menentang hukum tuhan.

Hakikatnya, aku adalah pentaksub kekuasaan kertas ini.



No comments:

Post a Comment