Monday, 8 July 2013

hari melayan pelanggan

Hampir setiap hari orang ramai di hospital
hampir setiap jam orang merana kesakitan
hampir setiap minit jururawat melayan karenah pesakit
hampir setiap saat doktor akan memikir pasal kerja
hampir setiap detik orang akan memikir pasal kesihatan

Jam 12.00 tengahari ke 4.30 petang

Setelah melayan karenah akak jururawat tentang temujanji joe untuk melakukan surgeri kecil, joe di masukan ke dalam pusat rawatan di DayCAre disebuah hospital besar disalah satu bandaraya di kawasan bumi.

Joe ditempatkan dikatil 4, dan sebelum joe masuk, jururawat sempat pesan kepada doktor situ,

"Patient last doctor"

Ini mungkin joe datang lambat ekoran lambat bangun pagi, semasa pendaftaran sempat diperli oleh akak jururawat comel

"Entah la dik, diorang biasa beroperasi pukul 7, 8 pagi je, ni dah tengahari, tak tahu lah, cube tanye mereka di tingkat 1"

Joe hanya tersengih menerima perlian tersebut.

Di katil 4, joe hanya lepak diatas kerusi melayan pemandangan di wad tersebut. Sekeliling joe, seorang akak ni hanya berbaju biasa dan tidak seperti joe dan pesakit lain berbaju hijau, pada pandangan joe mungkin dia pesakit istimewa, agak lame selepasa itu, 4 orang doktor senior datang ke katil akak itu berbincang dalam bahasa orang barat. Joe terpikir 

"amboi sampai 4 orang doktor terus datang, sakit akak ni bahaya sangat ke. tengok wajah akak ni cool dan sihat je"

Pandangan joe yang entah pape dan mungkin agak cemburu kerana joe tidak terlayan dengan agak lama.
Apabila seorang doktor datang membawa surat pengesahan untuk surgeri untuk ditandatangi oleh joe, joe beranggapan masanya sudah hampir tiba.

Masa yang ditunggu joe tidak lah sekejap yang diharap, joe sempat beramah mesra dengan sepasang warga emas disebelah kanan joe, pesakitnya adalah si suami nya yang terbaring melayan mimpi indah. Manakala si isteri ini datang membawa bekal makanan untuk suami tersayang. Joe sempat bertanya kepada nenek ni apakah penyakit si suami nya, nenek tersebut hanya bersuara kecil bila menjawab pertanyan joe. Joe mendengar dengan kabur dan cuba menjelas dengan otak sendiri, mungkin penyakit batu karang agak nya.

Perasaan joe ketika itu agak gundah gulana melayan arus waktu yang semakin meninggalkan joe. Hingga sampai satu saat, seorang doktor india yang joe lupa bertanyakan nama menegur joe dan perkenalkan bahawa dia akan melakukan surgeri tersebut.

Tidak lama selepasa itu, seorang jururawat datang bertanya tentang surgeri joe untuk mengesahkan operasi tersebut dan joe dibawa ke bilik persedian bedah. 

Setelah terbaring keseorang diatas katil, sempat joe tertidur untuk menunggu giliran ke bilik bedah, apa yang membuat joe tertidur bukan lah keran bilik itu yang sejuk yang amat tapi kerana selimut doktor hamparkan diatas joe yang begitu suam yang mampu membuat kesejukan joe hilang, perasaan tidur joe hanya menjelma tanpa dijemput.

Masa joe telah tiba apabila ditegur oleh jururawat dan katil joe ditolak ke bilik bedah. Perasaan joe berubah mendadak apabila berada dibilik bedah. Joe berpindah katil dan menghadap lampu besar dihadapan mata seperti dalam cerita ER. Segala bagai prosedur bedah seperti denyutan nadi, tiub oksigen, tilam suam dan pape lah telah disiap pakai. Muka joe telah dikatup oleh kain hijau kerana surgeri tersebut dipipi joe. Setelah dibius, kedengaran suara doktor 

"Boleh mula ya"

Kesakitan yang dialami joe adalah ketika bius memang boleh digambarkan. Ketika pipi joe ditores terdengar suara doktor 

"mata saya, mata saya"
( my eye my eye) maca dalam citer clash of the titan

Agaknya terpancut sampai ke mata lah kot, kesakitan joe ketika itu masih normal, setalah merasa pipi joe ditarik tarik untuk membuka ruang isi pipi sebagai tempat surgeri, joe sempat meracau

"Seriously... seriously doc i`m still awake.. i can still feel my cheek"

Ketika itu joe hanya mampu mengankat bahu melayan kesakitan menari diatas pipi joe, doktor sempat melawak

"Sakit ke encik joe"
"tidak lah doc, hanya letih bahu"

bisikan hati joe membalas 

Dicucuk pulak bius ke atas isi pipi, urmmm memang sedak macam ikan bakar ayuni. Joe hanya mampu memejam mata untuk menenamkan hati. Dalam bilik bedah itu, joe sempat mengira bilangan ahli bilik tersebut, termasuk joe bilangan itu mencecah kepada enam orang ahli, dua orang doktor, doktor india ini selaku ketua operasi dan doktor aiman selaku pembantu dan tiga orang scrub nurse.

Setelah kedengaran doktor berkata 

"okay, sudah"

jururawat mengambil alih untuk menutup dan menjahit pipi joe, ketika operasi menjahit, kesakitan masih terserlah dan jururawat itu menyatakan 

"Tahan sikit encik joe proses ini tetap terasa walaupun dibius"

Apbila kain hijau diangkat dan operasi sergeri menunjukan sudah selesai, joe sempat melihat papan putih dimana data operasi tercatit, jam bermula: 4.35 pm. Ketika itulah baru joe tahu banyak masa telah berlalu.

Joe beralih ke katil asal dan ditolak ke recovery room, dan disambut oleh jururawat yang sungguh comel, pada pandangan joe jururawat berkaca mata ini adalah amoi kerana melalui bahasa melayu terserlah kepelatanya walaupu sedikit. Ketika amoi itu mengisi data dalam komputer disebelah katil joe, terdengar amoi berbicara 

"Masa tamat 5.05 minit"

Joe terpandang jam dinding menunjukkan 5.15 petang, tiba tiba joe terkejut mendengar amoi sebelah 

"Ya, Allah silap"

Pada saat itu, joe mula lah was was dia ini adalah amoi ataupun mualaf, perkataan yang sering diucap oleh amoi ini adalah 

Sengal..... dengan gaya comel...

mungkin ini sebagai tagline beliau. 

Setelah agak lama berada di recovery room, joe ditolak ke wad DayCare dimana tempat joe menunggu dari awal, semasa memasuki wad tersebut terlihat encik bartowski menunggu joe di wad tersebut. Dari jauh joe melihat encik bartowski tersenyum melihat joe sudah selamat dibedah.

Joe sebenarnya bukan mengalami sebarang penyakit kronik atau pendermaan sebarang organ. Doktor seluruh dunia menklasifikasikan ia sebagai sebaceous cyst



No comments:

Post a Comment