"encik, encik,encik,........."
Suara kecil bergetar getar ruang fikiran memanggil keluar dari kegelapan. Mataku mula mengesan sesuatu bergerak didepan ku, aku tidak pasti tujuan seseorang ini adalah untuk ku.
"encik, encik ok? encik ada cedera di mana mana?"
Terasa badanku digoncang goncang dan ternyata seseorang ini datang untukku. Aku berada alam keadaan separa sedar cuma menganguk, aku cuba dipapah oleh orang tersebut dan dibantu oleh seseorang lagi. aku gagahkan diri mengerakkan kaki untuk berjalan sambil dipapah dan dibawa berjalan agak jauh dari tempat aku duduk tadi, sehingga la orang ini berkata,
"encik, tangga, elok elok"
Aku mula mengankat muka an tiba tiba mataku pedih yang amat sangat, aku cuba menbuka balik akan mata ku dan kepedihan itu masih ada disitu, rupanya jumlah cahaya yang besar menbasahi suasana disitu. Aku hanya terfikir dimana kah aku ini. Setelah aku diletakkan bersandarkan sebuah beg troli yang besar, aku cuba mengingat apa berlaku sebelum ini, dan rupanya aku masih lagi ingat, aku dalam penerbangan sebuah kapal terbang menuju ke Queensland, Australia. Apabila aku teringat akan makluman kecemasan kapten kapal tersebut akan pendaratan kecemasan, aku mula cemas dan memandang sekeliling adakah aku dah berada di Australia.
Aku melihat ramai orang disekeliling ku dalam keadaan bermacam macam ragam dan emosi. Tetapi aku merasa lebih menarik untuk bercakap tentang bentuk muka bumi disini, disebelah kananku adalah sebuah kapal terang yang ku naiki dan kapal terbang ini mendarat diatas jalan bertar seperti jalan dilapangan terbang yang biasa. Aku berpendapat ini bukan pendaratan kecemasan yang dimaklum oleh kapten kapal tersebut dan mungkin ini tidak mengalami kemalangan nyawa. Aku cuba bangun dari sandarku dan terlihat disebelah kiriku terdapat banyak beg beg troli kepunyaan penumpang penumpang dan juga para para wanita yang mungkin trauma akan kejadian ini ada yang menangis berpelukan dan ada yang ditenang oleh pasangan masing masing.
Aku seperti budak baru yang memasuki kelas baru dan sekolah baru apabila aku ingin memanggil sesiapa yang mungkin dapat ku bantu kerja mereka dan sesiapa boleh menceritakan kepada ku apa yang dah berlaku sebenar nya, dan yang paling penting adalah dimana kami berada sekarang. Aku melihat ramai lelaki yang kebanyak nya penumpang yang ku dapat bezakan nya melalui baju mereka, mereka berkejaran dari badan kapal terbang dan menbawa barang barang dan bag bag menuju tempat punggahan bag bag yang banyak tiak berkira. Aku mengambil keputusan untuk melihat mereka sahaja kerana mereke pun hanya melihat aku ketika aku bertanya sekiranya memerlukan pertolongan. Aku berlalu meninggalkan mereka dan mengangap mereka baru masuk shift dan masih ada tenaga untuk menbuat kerja punggahan tersebut.
Selangkah sahaja kepusing kebelakang, aku terpandang satu track yang panjang dan dihujung sana hanya lah samaran hijau yang kuanggap rimbunan pokok atau lebih specifik lagi adalah hutan. Aku mula memandang kiri dan kanan track dari hujung hingga ke kawasan aku berdiri adalah masih lagi rimbunan pokok menghijau dimanakah jalan raya, kesibukan lalu lintas dan orang ramai atau penduduk disini. Pemandangan tersebut mula menbuat perasaanku gundah gulana dan aku mulalah faham akan kenapa ramai para para wanita menangismungkin bukan kerana trauma akan pendaratan kecemasan ini. Tanpa berfikir panjang aku terus berlari ke kawanan para lelaki yang memunggah bag bag itu untuk meyampaikan hastratku yang tidak kesudahan ini.