Saturday, 21 July 2012

Laluan Udara Merentasi Selat Sulawesi

"Ulangan pengumuman, kepada penumpang kapal terbang TaM 7721 akan berlepas ke Queensland akan bertolak dalam masa 10 minit, para penumpang diingat membuat apa yang patup agar perjalanan tuan tuan dan puan puan sekalian dalam keadaan selese dan selamat menikmati perjalanan ini, terime kasih"

Setelah habis pengumuman yang entah pape tersebut, aku lantas menyarung tali pingang keselamatan apabila lampu merah menunjukkan " fast seatbelt". Maka bermulalah  perjalanan penerbangan aku bersame penumpang penumpang lain, aku memilih untuk duduk disebelah tingkap agar dapat bertegur sapa dengan burung burung yang melambai sayap mereka. Disebelahku, yang ku lihat penampilan nya agak "setyle" dengan lagak seluar jeans lusuh dengan kasut converse highcut yang agak baru, mungkin dibeli semalam untuk perjalanan hari ini. Bro ini berbaju pemusik  legenda  iaitu Bob Dylan dengan gaya rambut kusut masai memakai headphone. Agaknya peminat musik kental lagak nya, situasi bro ni tidak menunjukkan untuk bertegur sapa lalu aku menoleh ketingkap sambil menunggu sekiranya ada burung yang hendak melambai lambai sayap nya ke arah aku.Setelah mataku penat memandang awan nan menbiru aku cuba memandang sekiranya ada pramugari yang lagaknya sehebat model, namun yang ditunggunya hanya angin "aircond" yang meneru deru menerjah ke ruang udara pesawat.

setelah agak lama selepas itu, aku sudah puas menunggu hanya seorang pramugari untuk melayan pemandanganku yang tidak berubah setelah detik detik masa berlalu. Ini lah hakikat penerbangan yang berkelas rendah berbanding dengan kelas atasan yang dilayan seumpama raja, namun aku tidak kisah dengan agenda tersebut. Aku cuba melelap mata dengan keadaan bosan menerjah ke pemikiran dengan harapan usahaku menjadi. Setiba sahaja detik ke arah alam mimpi, ku terkejut dengan suara sapaan seorang wanita menegur seseorang, lantas aku menbuka mata dengan seluas yang mungkin agar alam mimpiku beredar sebentar. Rupanya suara itu datangnya dari depanku, tidak sedar rupanya didepan aku adalah seorang wanita yang cuba menegur seorang petugas kapal terbang ini iaitu pramugaRA, alahai ada juga rupanya petugas ini walaupun dia seorang lelaki. Pada firasat ini, wanita ini mungkin kebosanan seperti aku lalu mengharap pramugara sekacak "anuar zain" datang menerpa ke ruang penerbangan berkelas rendah ini.

Setelah drama diantara wanita itu dengan pramugara tersebut berakhir dengan ucapan

"terime kasih ye bang"

Amboi berabang abang la pulak, cetus suara hatiku, dan suasana ruang penerbangan tersebut mula kembali normal. Aku melihat ke cermin tingkap dan mencari kelibat burung burung bertebangan, namun usaha nya tidak kemana, hanya lah terdampar lautan awanan kian mencoklat, aka sangka matahari kian berlabuh diufuk barat. Aku cuba melelapkan mataku sambil memanggil alam mimpi ku yang sebentar tadi kembali menerjah ke pemikiran ku yang kebosanan.

"Salam sejahtera tuan tuan dan puan puan sekalian, maaf menggangu, harap tuan puan sekalian dapt memakai tali pinggang keselamatan dengan seketat mungkin, kita berada dalam situasi angin lintang, berharap tuan puan sekalian dapat bersabar dan situasi ini akan berakhir sebentar lagi, terima kasih"

aku terkeluar dari alam mimpiku dan mata terpandang lampu merah menunujukkan "fast seatbelt". Aku terpikir ingatkan hanya dijalan darat sahaja terdapat situasi angin lintang, namun aku hanya mengikut sahaja arahan tersebut yang mungkin seorang ketua pemandu kapal ini. Keadaan kapal ini berada dalam normal dan tiada apa apa berlaku, aku memandang ke tingkap awan masih lagi menunjukkan warna nya coklat dan tidak menunjukkan sebarang tanda tanda berlaku nya hujan ataupun ribut.Sangkaan ku melarat apabila kapal ini mula bergoncang dengan sekuatnya, aku mula resah dan cuba menenangkan diriku, bro disebelah ku masih lagak yang kool memakai headphone walau dalam situasi genting ini.

"ppprrrrrraaaaaangggggggg"

........................................................................................
......................................................
.......................................
.....................


No comments:

Post a Comment