"pppranggg......"
kerusi yang ku duduki ini kalau tidak diskru atau digam dengan betul, pasti ku telah melayang menghentak bumbung badan kapal ini. Gegaran tersebut menbuat semua penumpang diam membisu bak melihat Azmi muslim menjaring GOL pendahuluan ketika Malaysia menentang Arsenal lalu menjerit seperti orang gila kehilangan berus gigi Systema nya.Cuma aku saja yang cuba berlagak kool dengan mulut tertutup rapat dengan gegaran tersebut, mungkin ku terlalu takut hingga suaraku hilang menbisu. Suasana tenang seketika,
"Mohon maaf para penumpang sekalian, kita berada dalam situasi tidak menentu, saya harap penumpang sekalian dapat duduk ditempat masing masing dan dapat mengikuti arahan yang akan disusul seterusnya. Sekian , terima kasih."
Makluman tersebut telah merubah warna suasan ruang kami, bertambah lagi kekeruhan apabila safety gadjet keluar terburai dari atas kepala para penumpang. Mula lah para petugas petugas kapal tersebut iaitu pramugara dan pramugari mula menyibukkan diri melayan pertanyaan para penumpang setelah menghilangkan diri entah kemana mungkin diorang lepak kat bilik enjin sambil melayan daun terup, tanggapanku terhadap mereka yang yang hanya perfikiran hipokrit. Satu perkara yang aku kagumi adalah bro yang berada disebelah ku ini, berlagak terlampau kool seperti harimau yang kekenyangan setelah menbaham seekor gajah, ini bermakna, sekira seekor lagi gajah lalu depan dia sambil menunjuk jari tengah pon tidak dilayan, inilah bro harimau tersebut. Lagak beliau seperti biasa, memakai headphone dan mata terkebil kebil memandang bumbung badan kapal ini, aku juga tertanya tanya lagu apa lah yang menbuat beliau begitu tenang, nak diteka mendengar ayat ayat suci, agak mustahil apabila melihat penampilan beliau, tetapi ada yang menyatakan pernampilan tidak melambangkan hati orang itu sendiri. Apa yang aku terkejut, dengan selumber beliau memakai safety gadjet tersebut tanpa tanda tanya, ini bermakna beliau faham apa makluman itu disampaikan. Aku sibuk melayan karenah orang sedangkan diriku ini tidak kemana juga. Usah di angkat kain orang dijemuran sedangkan kain sendiri masih terperap dalam bakul tidak dibasuh basuh.
"awak!! rase nyawe dah panjang ke?"
"waaah... salam pun tidak main jerit je. amboi... elok bebenor tegurnya camtu."
getus hatiku setelah telingaku dikejutkan dengan jeritan yang tiba tiba, tapi suara tersebut adalah suara seorang wanita iaitu seorang pramugari yang kulihat agak comel, rambutnya pendek disisir rapi kekiri tambahan pulak makeup nya nipis, aku hanya memandang dan senyum sambil menganguk kepala dan memandang dia sehingga berlalu ke tempat penumpang yang lain, mataku terperasan nama dia tertera R.u.z.a.i.m.a.h.Walaupun nama nya tidak sekomersial malek noor tetapi suara jeritan wanita itu seenak karipap kapas masakan mak cik yah di simpang rumah ku, keinginan ku untuk mendengari lagi jeritan wanita tersebut telah menbuah satu akal yang bernas dengan menbiarkan life gadjet tanpa dipakai dan menunggu si dia datang memarahi aku dan membantu aku memakai alat ini.Bermula khayalan fikiran ku melayan layan sehinnga lah terlanggar bongkah batu besar. Fikiranku jauh meleret apabila seorang pramugara datang kearah ku dengan muka masam sambil menunjuk kearah alat tersebut sambil menbuat isyarat disuruh memakai nya.
"Sial lerk... takde mulut ke bang..."
Hatiku mula bergelegak kepanasan apabila rancangan ku tidak menjadi dan tambah pulak lagak lelaki tersebut seperti raja menjajah ditempat orang. Ingin sahaja aku menghentak beliau walhal aku yang salah. Tengah hatiku mengomel ngomel tentang lelaki tersebut seperti budak kecik meminta susu botol nya mintak diisi semula, terpandang lah bro sebelah aku ini senyum sinis sambil memandang ke arah aku yang kegeraman ini, maka makin bertambah la geram aku. Tiba tiba beliau menurunkan headphone dan menghulurkan tangan ke arahku,
"Hai, nama ku Ahmad shakir, panggil aje sake, jangan lah ambil hati sangat dengan gelajat petugas disini mereke hanya menjalankan tugas masing masing."
"oh. ahmad shakir, panggil aje aku pesa, takpe takpe takde hal.."
Jawabku dengan lagak kool untuk menutup malu dengan kelakuan aku sebentar tadi. Semua sangkaaan ku terhadap bro yang bernama sake ini ternyatalah meleret, dia rupanya agak peramah walaupun keadaan beliau seperti hidup seorang diatas muka bumi ini tidak mengapa, tidak memerlukan siapa siapa untuk mendorong dan mewarnai warna kehidupan beliau. Aku mula memakai alat yang dipanggil safety gadjet yang berupa topeng bantuan penafasan. Suasana ruang kami mulai tenang apabila semua penumpang diam mungkin mereka sedang berdoa agar mereka selamat dan tidak ditimpa kecelakaan dan juga mungkin mengikut arahan petugas petugas supaya tenang dan tidak kecoh agar susana kembali tenang, dan usaha tersebut berhasil. Dalam keadaan suasana kembali tenang dan cuba menenangkan diri, tiba tiba, badan kapal mula menunjukkan petanda tidak baik, ia mula bergegar tetapi tidak sekuat gegaran pertama tai, tetapi gegaran ini pelahan dan berterusan. Lampu merah menunujukkan isyarat "fast seatbelt" dan berkelip kelip dengan laju.
"Salam sejahtera tuan puan sekalian, saya Nasif Idris, kapten kapal ini, saya harap tuan puan sekalian dapat bersabar keatas kesulitan yang berlaku, saya terpaksa melakukan pendaratan kecemasan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan kawasan pendaratan kita akan ditentukan mengikut bentuk muka bumi yang akan kita hadapi sebentar lagi. Sekian terima kasih."
......................................................................
No comments:
Post a Comment