Wednesday, 13 February 2013

kertas kuasa


Kota raya tempat tumpuan segala rakyat jelata, berpusu pusu, berdebar hati menuju kota raya. Segala gelagat, ragam, perangai, jantina, bangsa, dan agama mampu ditenung di semua kota raya seluruh dunia. Yang bakal mencetus segala rasa, kota raya tidak mengendahkan malam adalah untuk berehat, malah makin hebat disambutnya malam itu. Segala kemahuan dikecapi, berbagai nafsu boleh dilunaskan disini tidak mengira nafsu makan minum, nafsu kebendaan malah juga serakah hawa nafsu.


Kehidupan di kota raya besar begitu indah dan sangat memudahkan, segala bagai boleh didapatkan dengan mudah dengan bantuan kuasa kertas yang hebat mampu memenuhi hajat yang diidamkan. Kuasa kertas ini begitu menakjubkan mampu menjatuhkan sesiapa sahaja, dengan kuasa ini seseorang itu mampu menguasai dunia malah juga alam diluar sana. Boleh dikatakan semua benda didalam dunia ini boleh didapatkan dengan kuasa kertas ini. Kertas in bukan sebarang kertas, kertas ini mempunyai kuasa yang mampu mengubah dunia.

Kertas hanyalah kertas pada hakikatnya, apabila seseorang itu begitu taksub akan kehebatan kertas ini, maka terhasillah kuasa yang mampu mengoncang dunia, mengubah nasib dan takdir seseorang malahan percaya tiada yang hebat melainkan kuasa itu. Begitu ramai manusia rebah dengan kuasa ini, dan juga begitu ramai manusia bangun dengan kuasa ini. Kuasa ini menyebabkan manusia lalai dengan dengan diri sendiri malah tuhan makin dilupakan. Ketaksuban keatas kuasa ini mengubah pegangan dan kewarasan otak berfikir menyebabkan manusia bersifat kebendaan dan juga perasaan angkuh dan lupa diri.

Semakin menyerlah kuasa kertas ini apabila berkecimpungan dengan warga kota raya, disebuah tempat yang boleh didapati hampir semua barang didunia, dengan adanya kuasa ini seorang itu akan merasakan kuasa kertas itu telah menjadi kekuasaanya untuk memiliki semua benda yang ada. Kuasa ini juga mampu membuat manusia bergelimpangan dalam dosa, dosa yang mereka tidak kenal akan erti dosa. Mereka merasa perbuatan mereka ini tidak melibatkan hukum tuhan iaitu dosa,

kehidupan mereka lalui seumpama syurga. Syurga dunia ini terhasil oleh fikiran manusia sendiri, pada hakikatnya mereka sendiri memahami bahawa syurga adalah sesuatu yang mengembirakan, tetapi kegembiraan mereka yang mereka rasai itu adalah kegembiraan yang dimurkai hukum tuhan.

Cukuplah sekadar ini, jika seseorang itu sedar akan kuasa kertas ini tidaklah berkekalan dan ada pengakhiranya, mereka mungkin tidak terjebak akan rangsangan dan pengaruh kuasa tersebut. Kuasa kertas ini hanyalah sementara, walaupun ia dalam kuantiti yang tinggi dan mustahil kuantiti itu akan bertukar ke angka infiniti. Di fikirkan dengan logik akal, kertas ini pada asal nya adalah kertas biasa yang kuasanya dijelma sendiri oleh manusia. Kertas dihasilkan dari pokok dan juga daunan tertentu, kalaulah ketaksuban seorang itu untuk menghasilkan kertas kuasa ini ke angka infiniti, pokoknya dan daunya akan kepupusan diatas muka bumi ini, maka kuasa kertas ini terbatas dan tidak berkekalan. Ini belum dinyatakan melalui fatwa ekonomi tentang kertas kuasa ini dan tidak perlulah diterang. Pada hakikatnya, kuasa ini boleh digunakan dengan sebetulnya dengan keperluan tertentu dan tidak kearah menentang hukum tuhan.

Hakikatnya, aku adalah pentaksub kekuasaan kertas ini.



Monday, 4 February 2013

Jack Biru


Seawalan pagi yang kian gemerlapan disinari suluhan bintang bintang dibayangi daunan pokok merimbun meredup suasana alam. Aku terbaringan memandang langit gelap memikir kemana hilangnya siang dimana burung keriuhan berterbangan diawanan mungkinkah dipancung lalu bisu. Mataku berkelip kelip melihat lirikan bintang bintang yang tidak pernah kenal erti sedih. Kupikir kan alangkah bagus ku punyai seekor kuda bersayap yang akan ku gelarkannya sebagai jack.

Jack memiliki bulu halus membiru yang enak ditatap malahan sepasang kepaknya berwarna kuning keemasan. Tunggangan jack begitu menakjubkan sehingga taufan hebat dibelah tanpa sehelai rambutku keguguran, hairanya semakin laju tunggangan jack semakin jelas pandangan ku menatap alam hijau membiru. Pandangan alam tadi tidak lah seperti iklan di kotak suara yang mungkin ada disetiap rumah di planet bumi, ia berlalu dengan pantas.

kelibatan awan melanggar kelopak mataku kian berkurangan, mula lah menyerlah selautan gemerlapan dihiasi titisan kristal memancar cahaya masing masing. Kulihat jack berdengus sambil mengelip matanya kepadaku,

"ini baru permulaan"

mungkin ini isyarat jack kepadaku. Kami melayang bebas seperti komet yang tidak pernah kenal erti penat mengelilingi cakerawala. selepas berpuluh planet kami rentasi tanpa sebarang perasaan risau seperti meneraju sebatalion askar menuju ke medan peperangan. Misi kami adalah untuk menuju penghujung alam, lalu menjerit mengarah tentera kami menuju kedepan tanpa sebarang perasaan. Jeritanku mengejutkan mimpi mimpi seluruh alam sehigga kelihatan alam mula menunjukkan kemarahan dengan menghadirkan beribu komet menuju kearah kami. Alah bisa tegal biasa, kami menuju ke medan dengan menbawa  kelengkapan yang lengkap, komet tidak menjadi sebarang masalah dengan semburan api biru naga mampu memusnahkan semua komet dihadapan kami. Tiada sebarang yang mampu menghalang terajuan aku sebagai nahkoda kapal dalam peperangan ini.


Jack menunjukkan emosi serius setelah melihat selautan tentera menunggu kehadiran kami dihadapan, yang dapat kulihat dengan jelas mereka seperti menuggang binatang berparuh seperti helang manakala badan seperti T-rex dan hanyalah sebelah sayap yang mampu menerbangkan mereka. Jack mendengus lagu,

"lihatlah kebebatanku"

Lantas aku menjalankan tugas selaku nahkoda,

"tiada yang gentar melainkan emosimu"

Para pejuangku mula berteriakan kesemangatan, mereka bangga memiliki nahkoda sepertiku. jack laju menuju ke barisan hadapan tanpa sebarang keringat menitis. Jack ingin memulakan serangan balas, kembangan sayap jack menghasilkan cahaya hijau yang begitu tenang, sebalik cahaya tersebut terhasil panahan kristal seperti titisan hujan yang mahu mnyerang permukaan bumi.
serangan tersebut mula membanjiri kawasan medan musuh menyebabkan perasaan kelam kabut mula bertebaran dalam diri mereka. Tidak kusangka serangan tersebut mampu memutihkan padang menghijau, begitu hebat keperkasaan jack. Para pejuangku berteriakan menuju ke medan musuh, dengan baki musuh yang ada mereka mampu menghabiskan dengan hanya satu hikmat yang bernama membelah ombak.


Tugas kami belum selesai disitu, pasukan ini masih diterajui oleh aku, aku kembali menuju ke hadapan mencari penghujung alam. Semenjak itu, berbagai rintangan kami lalui dengan serangan hendap pihak musuh, bermacam jenis musuh kami rentasi malahan juga raksaksa raksaksa ganas menjelma. Kesemua itu, kami tumpaskan dengan segala hikmat yang kami ada. Perjalanan ini, seumpama tiada penghujungnya, setelah beribu ribu musuh kami tentangi masih lagi tiada dinding besar atau gaung dalam memberhenti perjalanan kami, disetiap musuh sepanjang perjalanan kami, kami tentangi dengan mudah malah tiada keringat yang menitis, tiada apa yang mampu memusnahkan api semangat kami yang begitu marak berkobar ini.

Ingin dijadikan cerita, kami masih dalam misi mencari peghujung dunia, Pasukan kami tiba dengan dugaan yang baru dan pelik. Dugaan ini, tidak seperti musuh musuh yang biasa kami tentangi, dugaan ini menyebabkan satu pasukan kami berhenti meneruskan perjalanan. Dilihatkan, dugaan kami seperti bayang besar, besarnya berlipat kali ganda lebih besar dari jack, jasadnya seakan bulat kebulatan dan tidak menghasilkan sebarang bunyi. Kami meneruskan larian ini tanpa memikir halangan didepan kami kerana tiada bahaya dikesan. Misi kami diteruskan dan perjalanan kami kembali diteruskan, semakin kami kehadapan semakin besar akan bayangan bulat tersebut. Dibetul hadapan bayangan tersebut, kami seupama seekor semut memandang awan dilangit, begitu hebat sekali bayangan ini. Tanpa mengucapkan sebarang kata kata atau amaran kepada kami, satu seruan atau bunyi yang sangat bisng terhasil menyebabkan kau dan jack terus rebah dan kulihat semua pejuangku terbaringan. Lalu bayangan tersebut menghasilkan kuasa terbesarnya dengan satu hikmat angin menyedut aku, jack dan para pejuangku kedalam bayanagn tersebut, kuasa tersebut tidak dapat kami sangkalkan walaupun dengan hikmat terhebat kami, dan kami tetap disedut kedalam.

Aku kembali sedar aku terbaringan diatas  padang rumput kekuningan. Aku lihat sekeliling hanya aku seorang disitu,inilah penghujung alam aku.

Apabila tentera yang telah tegar dengan peperangan, dan sentiasa menang dalam pertempuran,nikmat kemenangan selalu dikecapi. Selaku dipuncak, tidaklah bermaksud puncak itu selalu diatas.




Saturday, 15 December 2012

Pertuturan bisu mengamit Keruh resah

Langit berubah wajah menjadikan hari kian cerah dek lerekan matahari kian menunjukkan dirinya yang ganas  membara. Susana pagi cerah dicemuh dengan emosi manusia yang mendatar suram berbisik bisik sesama sendiri ada yang masih diam terbaring mungkin menunggu ajal menjemput. Kelihatan gerombolan manusia mula mengagahkan diri berkeliaran bersama pasangan dan juga berseorangan. Sifat ingin tahu sesetengah pihak begitu jelas mekar dalam diri mereka setelah kelihatan berkumpulan mula menghampiri kawasan semak yang berhampiran hutan belantara.

Mataku begitu megah terbeliak luas dengan sisa sisa tenaga yang tinggal, maklumlah setelah jasaku bertaburan setelah diri ditawarkan menjadi lagak sejenak askar menjaga ketenteraman malam. Aku bersama teman teman sepenjagaanku mengerah kudrat yang ada untuk bertindak secukup nya agar amanah ini dibalut dan diikat dengan baik dibawah jagaan kami. Diakhir waktu tugas kami dijamu dengan taklimat kapten aunu sebagai penjana semangat kami untuk memacu hidup sendiri dan kawanan yang lain.Aku merebahkan badan dengan nawaitu memulih daya kudratku yang kian lemah, tiba tiba sekawanan manusia berlari kearah kawan manusia yang terperangkap dicelahan hutan rimba. Salah seorang dari mereka dengan lantagnya bersuara;

Guys, i think we just found an interesting place for us to deploy a base. it was a huge blue sea to swim, a lot fishes waiting for us and safest place for us to get protected.

Lagak bahasa nya seperti orang barat, apabila ditatapkan wajahnya tidak ubah seperti orag melayu kita. Apakah tidak bersyukur sebuah bangsa untuk mengagungkan bahasa bangsa sendiri, mungkin lagak pemuda itu setelah bertahun lama menetap di negara orang sehingga dilupakan asal usul nya. Berita tersebut pada mula seperti gigitan nyamuk yang belum lagi kekenyangan sehinggalah kenyang nyamuk tersebut barulah tersentak kerana efeknya kemerahan dan kegatalan. Susana mula agak kecoh setelah respon mula terhasil dari neuron neuron otak ligat bersambungan mengedar rangsangan melalui pergerakan dan cetusan suara terhasil. Sekawan pembawa berita gembira kelihatan sibuk melayan karenah peminat peminat mereka, ada yang berebut rebut mendapat tandatangan mereka, begitu cepat pengaruh mereka menusuk hati hati peminat.

Kekecohan tersebut hanyalah tidak begitu mengemparkan pada akikatnya, kelihatan masih ramai lagi mangsa tidak mengendah akan perkhabaran mereka malahan ada yang cuba kembali memejam mata setelah terkejut dengan agenda perkhabaran itu. Suasana riuh tersentak dengan satu jeritan yang begitu lantang bergema;

perhatian

Kelihatan dua insan berdiri tegak di puncak tangga pintu keluar dbadan kapal terbang, salah seorang dari mereka adalah pilot kapal terbang iaitu kapten nasif manakala disebelahnya kelihatan ketua kami iaitu aunu. Apabila suasana diam membisu, mata mata kami semua terpaku terpana kearah mereka sambil menuggu alunan  suara mereka yang seterusnya. Aunu mula berbicara;

Maafkan saya, mungkin tindakan saya agak kurang menyenangkan anda semua. Saya tahu anda semua baru menerima satu berita yang mungkin mengembirakan anda semua, tetapi kita masih memiliki seorang kapten disini untuk membuat keputusan untuk kita semua. Oleh itu, saya mempelawa kapten kita untuk menyampaikan hasrat hati beliau.

Salam sejahtera semua, saya harap kamu semua dapat tidur dengan nyenyak semalam. sebelum itu saya ingin sekali meminta maaf atas kesulitan yang kita semua alami sekarang. Bencana ini kita semua tidak menduga bahawa akan menimpa kita semua. Oleh itu, saya harap kamu semua dapat bertindak dengan sewajarnya tanpa menyusah pihak yang lain dengan ada nya saya di sini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih keatas usaha sekumpulan yang baru pulang dari mengembara meredah hutan belantara bersusah payah membawa pulang perkhabaran ini. 

Sebelum itu, saya ingin semua penumpang penumpang melaporkan diri masing masing kepada saya sepantas yang mungkin untuk catatan saya, selain itu saya harap semua pihak memberi kerjasama. Saya disini bukan untuk berlagak sebagai ketua untuk membebankan kamu semua, ini adalah untuk kepentingan kita semua. Berkenaan dengan hal tempat baru tersebut, saya akan menyuarakan kembali setelah kamu semua hadir ke khemah saya.sekian.

Para pendengar mula berpandangan sesama sendiri dan ada yang menganggukkan kepala mungkin menunjukkan reaksi setuju dengan ucapan kapten tersebut. Dengan ada nya kapten nasif, para mangsa kelihatan seperti gagak terlepas dari tawanan dengan mendapat semula semangat mereka dan lebih jelas mereka mula berteguran sesama sendiri. Kelihatan kapten seperti artis terkenal yang sedang membuat persembahan dipentas setelah berpusu pusu para mangsa menuju kearah khemah kapten.  

    

Thursday, 13 December 2012

Kehadiran berganti Kehilangan

Kehadiran merupakan anugerah yang disenangi malah ada juga tidak disenangi manakala kehilangan merupakan agenda tidak disenangi oleh semua pihak malahan ditangisi. Kemunculan tampil dengan bermacam ragam mewujudkan suasana yang berbeza, mungkin pada awalnya mudah diterima dan juga mengambil masa untuk menerima. Kedatangan atau seruan yang datang boleh dalam bentuk jasad bernyawa ataupun barang, dek barang yang diterima umpama hadiah atau pemberian dijaga rapi, dipamer dan berbangga akan kemilikian tersebut, manakala jasad yang bernyawa, ditatang, dibelai, malahan disanjung.

Kehadiran ini adalah jasad bernyawa iaitu makhluk tuhan yang dipanggil kucing, jasad ini merupakan mahluk yang manja dengan semua manusia tidak mengira warna kulit ataupun wajah berlainan. Haiwan in adalah sangat setia dan sangat mengenali tuan empunyanya walaupun berpisah dalam jangka masa yang lama.

Pengalaman bersama darilah masih menjerit mencari ibu nya meminta susu, susu nya diganti dengan biskut kering pada awal anggapannya. Pergerakannnya lincah umpama haiwan yang sudah mengenali erti hidup, hampir setiap hari melayan karenah nya walaupun diri nya kerdil entah bagaimana perasaan nya hidup bersama makhluk gergasi malah berlainan spesis. Hari hari berlalu seupama jam randik berputar tanpa kehabisan hayat baterinya, kedewasaan nya terserlah apabila bergaul dengan spess sendiri malahan membawa pulang akan rakan rakan baru nya ke rumah.

Kehidupam kucing rumah ataupun kucng peliharaan ini seumpama raja, apabila lapar makanan dihidang, apabila bosan mulalah mengacaulah kaum kerabat rumah, ada perangainya melampau dan juga menjengkelkan. Adaptasi haiwan ini begitu mengagumkan apabila mula meniru gaya tidur seperti manusia dan juga makan apa manusia makan. Haiwan ini adalah anugerah yang kita tidak sedar akan kehebatannya, dalam sedar ataupun  tidak haiwan ini mampu mengeratkan silaturrahim antara manusia dan juga menbuat manusia lebih mementingkan akan keadaan sekeliling, seumpanya kebersihan.

Kehilangan adalah perkara yang tidak mustahil akan berlaku, setiap jasad bernyawa mahupun jasad kosong ada had hayatnya. Kehilangan ini lebih memilukan apabila kehadiran itu telah meninggalkan jasad manakala kehilangan yang kita sedar meninggal tanpa jasadnya wujud, ini menunjukkan jasad itu masih bernyawa, kehilangan tidak lah ditangisi hanya kerinduan yang menjelma.

 Usia tidak menendah sesiapa, terbang melayang tanpa pemberitahuan, usah lah dikira nyawa berapa, sampai masa berakhir titik peluh otot mengerak tulang temulang. Kehilangan nya begitu sadis dan traumatik, suasana murung menguasai segenap alam hanyalah nostalgia dan suka duka dirindui.Usah ditanya, kami lebih mengenali dia, kehilangannya tidak dapat diganti, apa kan daya tuhan lebih sayang kan usopp.

13.1.2012 sehingga 13.12.2012
R.I.P usopp


Thursday, 29 November 2012

Kelam membisukan leteran para suasana

Suasana kelam mula menguasai langit yang telah menang dalam pertarungan warna, terlihat bintang terang gemerlipan menari diatara cahaya terang si bulan. Terlihat sekelompok manusia berkumpul dibawah bayang bayang cahaya unggun api yang menyala garang menerangi satu sudut ruang. Mereka seperti  unggas liar terbang mengelilingi obor api tanpa menghasilkan sebarang bunyi.

Suasana tegang dipetang hari mula dilupai mereka yang telah dikuasai emosi trauma, kelibat aku seperti mereka juga sebagai mangsa pendaratan kecemasan. Aku hanya mampu memandang sekeliling menghayati suasana sambil melayan keghairahan unggas rimba berdansa keriuhan tanpa menghirau susasana sekeliling. Aku cuba mengimbas kembali suasana genting yang dilalui oleh penumpang kapal terbang dalam perjalanan ke Queensland yang mana terlibat dalam ribut angin lintang sepertimana yang dikhabarkan oleh kapten kapal terbang. Saat tersebut begitu pantas sehingga kelipan mata yang keduaku menjelma kepada suasana didarat sementara kelipan pertamaku masih di persimpangan udara. Aku cuba mamadam beribu anggapan aku untuk apa yang akan berlaku selepas ini, macamana, apa, kemana, bila, tanggapan itu menbuatku lebih risau malahan menbuat hati ku gundah gulana.

Aku cuba memejam mata untuk melupakan urusan dunia mencuba bermesra dengan alam khayalanku untuk menerjah masuk ke alam tidur, kesungguhan itu tidak berhasih kerana kerisauan hati begitu bermaharajalela sehingga mataku begitu ringan untuk berkelip kelip sepertimana hari hari sebelum. Pandanganku terbentang luas melihat mangsa mangsa seperti aku masing masing berselimut kesejukan, ada yang berpelukan yang keseorang ada yang terbaring dan tidak juga yang tidur kenyenyakkan. Bermacam ragam manusia berkelakuan tanpa menghiraukan susanan sekeliling, bilangan mereka tidak dapatku tentukan dalam suasana kelam sebegini. Aku cuba mencari seorang teman untuk berbicara menceritakan kisah silam masing masing, harapanku begitu mengeruhkan kerana suasana disitu begitu aman hanyalah lirikan suara unggas alam yang setia menemani teman temannya yang lain.

Suasan harmoni itu dicelah dengan begitu kasar malahan telah mengubah suasana ragam manusia disitu dengan diteliti tepat pada seorang lembaga manusia yang berdiri tegak dengan sepacak obor api ditangan. sejenak itu, lembaga itu bersuara,

"Maaf menggangu, saya aunullah, oleh panggil saya aunu, disini saya ingin memohon sedikit tumpuan dari kalian semua, saya ada beberapa hajat untuk dikemukakan, pertama, saya memerluka beberapa orang sukarelawan tidak kira jantina, tetapi saya lebih mengesyorkan dari kalangan kaum lelaki kerana sukarelawan ini diperlukan untuk menjadi penjaga malam sebagai langkah keselamatan kerana kita berada berhampiran kawasan hutan rimba. Kedua, saya harap kalian dapat tenangkan diri dengan pengalaman yang telah kita semua lalui pada petang tadi dan yang terakhir saya harap kalian semua dapatkan rehat secukupnya untuk kita menghadapi hari esoknya yang kita tidak tahu akan ramalan yang berlaku. Selamat malam semua."

Setelah lagak lembaga tersebut berakhir, aku sedikit tenang kerana ada juga orang yang mengambil berat akan keselamatan kami semua, walaupun ucapan lembaga tersebut begitu ringkas tetapi padat bersama sedikit pesanan yang berguna. Pada pandangan aku, aunu merupakan seorang insan yang boleh digelar hero walaupun lagak nya seperti ketua. Aku bangun untuk menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan kerana situasi diri tidaklah seperti memerlukan tidur. Langkahku melintasi segerombolan manusia yang berbaringan untuk mencari seorang  insan hero bernama aunu yang gayanya bersama obor api ditangan. Pencarian ini dimulakan dengan mata meliar melibas angin malam bekeliaran bekejaran sesama mereka,

Sunday, 18 November 2012

Roh Melayang Terbang

Disebuah negara dibawah jajahan negeri awan terdapat sebuah desa yang digelar kampung Air Terampung, begitu harmoni dan nyaman kehidupan desa tersebut malahan tersergam indah sebuah bukit terdapat sebatang pokok akasia diatas bukit tersebut.
           Disitu ada sepasang burung rajawali bertengkek diatas dahan sambil membincang isu masa depan mereka, terlintaslah pembualan mereka dengan seorang pemuda yang melabuh punggung dibawah pohon akasia yang mereka bualkan.
          Jack adalah pemuda tersebut, dia memandang awan kadang kala terlintas sekawan burung melintas sambil mengelap peluh didahi. Jack memandang sebuah bakul yang dipenuhi dengan jambangan bunga daisi.Jambangan tersebut merupakan janji yang ingin dikotakan kepada Eva ketika mereka bersama melihat matahari terbenam diatas bukit itu terdapat ladang bunga daisi yang begitu mekar kelihatan begitu indah dipancar dengan sinaran matahari terbenam.
          Hari itu merupkan jambangan yang ketiga yang dibawa setiap keatas bukit tersebut untuk bertemu dengan Eva dengan kesudahanya pandangan matahari terbenam itu ditangisi jack seorang diri. Jack bertekad pada dirinya bahawa Eva akan datang menemuinya pada hari ini. Kesedaran jack mula dimimpi dengan perasaan Jack ketika bersama Eva, perasaan tersebut tidak dapat diolah dengan kata kata malahan nafas ketika itu tidak sama dengan nafas yang dihirup pada hari hari lain. Kehidupan hari tersebut Jack harapkan tidak akan berubah ke hari esoknya malahan mahu kekal untuk seketika. Dari perasaan tersebut Jack tidak mampu meneruskan hari nya tanpa hari tersebut, hari itu begitu menghairahkan perasaannya untuk kekal untuk selama apakan daya Jack hanya seorang manusia biasa yang hidup seperti orang lain.
         Ingin sekali Jack mengucap kepada Eva bahawa tiada ketakutan yang tidak mampu diatasi, percayalah pada diri sendiri. Kehidupan yang keseorang adalah tidak benar, Jack akan berjanji akan selalu disampingnya malahan jack tidak akan pergi selagi tidak bersama Eva. Keinginan Jack berjumpa dan melihat Eva begitu kemuncak sehingga memanggil manggil roh Eva untuk bersamanya. Boleh lah Jack membawa Eva terbang melayang ke angkasa dan terus ke bintang paling jauh dan berharap hari bersama Eva tidak akan terus berlalu ingin sekali kekal pada hari tersebut.
        Bila hari kan hujan jack kan memeluk erat Eva menghilang kebimbangan dan kesejukan mengangu, dan berjanji akan bersama Eva setiap detik hayat Jack berlalu malahan hayat tersebut Jack akan korbankan untuk Eva walaupun sedetik saat berlalu begitu daif Jack menginginkan Eva sehingga hari tersebut kekal hingga detik hayat Jack berakhir. Berharap hayatnya lebih panjang untuk melalui hari hari sehinggalah kehujung hayat Eva, biarlah Eva mati dahulu asalkan Jack dapat menemani sepanjang hidup Eva.
       Titisan hujan mula membasahi muka Jack yang terbaring diatas bukit tersebut, Jack membuka mata, menyedari bahawa awan hitam berjaya mengalahkan awan biru di dada langit yang terbentang luas.Khayalanya berakhir bahawa Eva yang ditunggu hanyalah datang dalam hasil rekaan khayalan jack. Jack bangun terpandang jambangan bunga daisi yang masih mekar mula dibasahi dengan rengetan hujan. Jack memandang ke langit melihat kemegahan awan hitam mewarnai pemandangan malam hari, memejam matanya sambil mengucap dalam hatinya
    The Worries Disapper, I'm Glad You Are In My Life
        Jack mula langkah untuk meninggalkan kawasan tersebut sambil memandang jambangan bunga daisi yang elok disusun rapi didalam bakul, JAck mula berlari anak menuruni denai bukit tersebut dalam keadaan hujan rintik rintik membasahi seluruh kawasan desa itu. 


 

Saturday, 11 August 2012

Mimpi Yang Tidak Kesudahan

Mimpi tidak mempunyai kitaran yang berterusan dan apabila mimpi itu berhenti maka babak seterusnya berubah serta merta walaupun dipinta kembali ke kitaran asal mimpi tersebut.

Mimpi yang aku lalui ini sangatlah menggangu hidupku setelah mimipi itu berlalu, ia umpama menghantui ketika kelapangan hidup ketika mata masih terbuka luas dan fikiran dalam kewarasaan optimun. Mimpi ini bermula tanpa permulaanya yang jelas dan seingat aku ia bermula ketika aku dan keluarga aku dalam satu perhimpunan keluarga yang besar atau suasana pagi raya atau apa apa aje lah.

Permulaan mimpi adalah ketika aku berada dalam sebuah rumah, entah rumah siapa dan ketika itu aku tidak kisah siapakah tuan empunya rumah tersebut. Dalam rumah tersebut aku seperti mengenali semua tetamu tersebut kerana ramai tegur dan senyum ketika aku memandang keadaan sekeliling rumah tersebut. Dan sampai di suatu ketika bapaku menegur,

"Apis, ayah nak turun nak jumpa *pak ngah mu ni, mari ah nak turun skali"

aku hanya menganguk dan mengikut, tiba tiba bapaku menyapa,

"Haa, si FATIN pun ada datang tunggu kat bawah, pergi lah jumpa dia"
"Oh, ye ea, baik yah"

Aku menjawab dengan slumber, dari detik itu aku baru sedar aku berada tingkat atas, aku pun tak tahu nak bagitau camane keadaan rumah ini, kalau korang tahu rumah dekat kampung biasa buat tiang tiang tinggi dan kat ada bahagian bawah rumah itu boleh buat tempat lepak ke parking ke pape la dan sebelah lagi bersambung bahagian dapur, aku harap korang paham la dengan penjelasan aku ni.

Ketika aku berada di tingkat bawah, terdapat ramai orang tapi orang orang tersebut langsung tidak bersapa dan menegur mahupun senyum memandang aku, ketika itu aku tercari cari siapa FATIN yang ayahku cakapkan tadi, aku cuba mencari walaupun tidak tahu macam mana kah wajah gadis yang bernama FATIN tersebut. Sampailah saat ketika ada orang menyapa aku,

"Hei, Hafiz kan"

Seorang gadis bertudung dan berbaju kurung menepuk bahuku, aku terpinga pinga kerana tidak kenal siapakah gadis yang menegur aku ini, aku menjawab,

"Eh, ye.. ye... a..awak wak  ni..ni?"
"Hurmmmm, mesti dah lupe kan.. ni fatin lah"

Gadis tersebut memperkenalkan dirinya sebagai FATIN, adakah ini fatin yang ayah ku cakap kan tadi, aku memandang gadis dan terdapat dikedua dua tangan gadis itu memegang plastik yang berisi barang yang tidak dapat ku cam. Hinggalah aku pandang ke wajah gadis tersebut, dia tersenyum,

"Hmmmn, cantek"

Getus hati memuji kecomelan senyuman gadis ini, ketika itu aku seperti kayu terpaku didepan gadis itu, aku cuba mencari perkataan yang mungkin keluar dari mulut ku ini tapi hasilnya menyedih kan sehingga lah gadis itu cuba meneruskan perbualan tadi,

"Hafiz, jom kesana,...."

Fatin menunjukkan jari nya kearah tangga yang tidak beberapa tinggi, aku hanya mengikut dan melihat fatin duduk dan mengajak aku duduk disebelah nya. Sesampai je seluarku menyentuh lantai, aku melihat fatin mengeluarkan barang didalam plastik yang dipegang ditanganya tadi, barang tersebut adalah satu kotak besar pensil warna yang kotak nya nampak agak usang bersama satu buku yang bergambar kartun. Fatin mula bersuara,

"Ingat tak pensil warna ni?"

Aku hanya mengerut dahi, dan cuba memahami apa sebenarnya yang hendak disampai oleh gadis yang bernama fatin ini. Aku cuba mensedapkan hati dia dengan berkata,

"Ermm, pensil warna ni macam dah lama je, ada pe dengan pensil warna ni"

Aku terpandang reaksi wajah fatin kian tunduk dan menbuat muka masam dan ternyata refleksi aku menbuat fatin begitu kecewa. Aku dah macam lagi serba salah dengan tingkah lakunya, aku cuba menghilang perasaan gundah gulana ini,

"Macam ni la,cuba Fatin cerita dulu apa sebenar semua ini, mana tahu saya dapat ingat semua tuh"

Wajahnya kian berubah dan senyum kembali, pada firasat aku dia mungkin suka bercerita ataupun dia suka akan  refleksi aku akan kotak pensil warna tersebut.

"Macam ni lah Hafiz, rumah nenek mak hafiz kat mane?"
"Selama, Perak"

Ringkas jawapanku.


"Hafiz pernah tak kesana?"
"Pernah, ketika umur dalam 4,5 dan yang terakhir pada umur 9 tahun"

Aku hanya menjawab tanpa menanya kenapa dengan soalan itu diusulkan kerana aku berasa begitu tertarik dengan pertanyaan tersebut, fatin memulakan lagi cerita nya,

"Oh, ye.. masa Hafiz umur 9 tahun, Hafiz dan abang Hamdan (abang kandung aku)  pernah kenal dengan * imran dan *ehsan ketika balik kampung nenek ?"

Ketika itu aku seperti masih ingat akan nama nama tersebut, aku menjawab,

"ye ye.. rasa masih ingat lagi, mase tu diorang la yang selalu teman kan saya dan abang bermain setiap hari, maklum lah mase tu kami orang luar, mujur lah diorang sangat baik dan banyak masa kami bermain bersama sama, dan kenapa dengan diorang?

Tiba tiba fatin terus pandang ke depan dan tidak pandang lagi kearah aku dan mata nya memandang ke langit, selepas menghela nafas dan mula memandang kearah aku dan mata kami bertentangan lalu aku mengalih pandangan tersebut kerana aku berasa seperti ada sesuatu yang hendak disampaikan melalui pandangan tersebut, padahal aku berasa malu akan pandangan gadis yang tidak ku kenali memandang aku dengan begitu sayu sekali, dan fatin memanggil aku dengan menyebut nama aku,

"Hafiz... macam ni lah, semua peertanyaan saya tadi adalah klu klu kalau lah hafiz masih ingat akan saya,baik lah, saya bagitau sendiri lah, Imran dan Ehsan adalah kedua duanya adalah abang saya dan saya ni adalah adik mereka dan semudah nya ketika hafiz dan abang hamdan hendak pulang ke Terengganu Hafiz mengadiahkan pensil warna ini kepada saya"

Setelah Fatin menghabiskan ayat terakhirnya, fatin terus pandang kedepan dan cuba mengelak majah nya ditatap, pada detik dan saat itu aku seperti terbayang dan betul betul teringat dengan pensil warna itu,
ketika itu aku, ayah dan mak keluar untuk ke kedai di pekan, ketika itu emak hendak mencari sedikit kueh mueh untuk santapan minum petang, sesinggah nya disebuah kedai aku dan mak masuk ke dalam kedai dan ayah menunggu dikereta, seingat aku, aku terus mengambil satu set pensil warna berkotak besar menyerah kepada mak untuk dibayar, mak bertanya akan pensil warna itu aku hanya menjawab ia adalah rahsia.

Sesamapai aku dirumah nenek selepas sekembali dari pekan tadi, aku terus berlari ke rumah *imran dan *ehsan. Pada petang itu adalah hari terakhir aku berada dirumah nenek, setiba nya aku diperkaranga rumah mereka aku terlihat abang aku bermain dengan mereka, pensil warna yang mak bayarkan tadi masih dalam plastik dan ku sembunyikan dibelakang dan bertanya kan seseorangg kepada *imran dan *ehsan. Mereka menyatakan seseorang itu berada didalam rumah, aku tanpa segan silu masuk kedalam rumah mereka, mungkin ketika itu aku dah biasa dengan keluarga mereka dan aku menyerah pensil warna tersebut ke seorang budak perempuan iaitu adik *imran dan *ehsan dan ternyata budak perempuan itu adalah FATIN.

Dengan berakhirnya ilusi yang terhasil dari memori kenangan silam itu, aku cuba bersuara,

"Fatin, saya... saya..... tidak tahu nak cakap apa, sudah lama saya tidak pulang ke kampung nenek, setelah nenek tiada, kami hanya beraya dikampung ayah. Ternyata saya sudah melupakan abang abang awak dan juga awak, ketika itu saya berumur 9 tahun, sekarang saya dah 22 tahun, sangat jauh jarak masa tersebut, wajah awak kini tidak lagi seperti budak perempuan yang saya sangat kenali dulu, saya masih ingat akan gelak ketawa kita ketika bermain bersama dulu, perkara itu masih menjadi kenangan saya sampai sekarang"

Aku melihat fatin cuba mengambil buku yang bergambar kartun dan menbuka kotak pensil warna tersebut, dia memandang ke arah aku dengan muka agak sayu, mungkin dia sedih dengan kenangan buku dan pensil warna tersebut, dia mula berkata kata,

"Hafiz..... tengok lah hasil dari hadiah pensil warna yang awak hadiahkan itu, selepas  awak dan abang hamdan pulang ke kampung, saya sering menghabiskan masa dengan mewarna buku ini, tetapi saya hanya mewarna sebahagian gambar sahaja dari sehari ke sehari,apabila satu gambar sudah siap saya akan menatap gambar ini sambil termenung, sehingga lah raya tahun seterus nya saya telah siap mewarna satu buku ini, dengan harapan awak dan abang hamdan pulang ke kampung nenek awak, agar saya dapat tunjuk akan hasil ini"

Ketika fatin sedang membelek buku warana nya ittu, dia mengeluarkan barang yang terdapat dalam plastik yang terdapat disebelah nya,

"Kotak ini adalah hadiah untuk  awak untuk saya balas atas hadiahkan saya pensil warna, kalau  awak nak tahu, setiap kotak ni adalah setiap hari raya yang da berlalu, setiap hari raya saya sangat berharap  awak dan keluarga datang ke kampung kami, sehingga nenek  awak sudah meninggal, pada hari tersebut, saya begitu mengharap awak datang dan keluarga datang, dan keluarga  awak datang, tapi hafiz tiada, emak  awak cakap, hafiz terpaksa tinggal disana kerana tinggal di asrama. Semenjak hari itu, peluang untuk berjumpa dengan awak sudah malap, dan saya masih bersyukur kerana saya masih ada pensil warna ini sehingga lah sekarang"

Ketika fatin bercerita tentang pensil warna nya dan buku warna nya itu, hati ku berasa begitu sebak sekali dan mata ku mula basah dan berasa begitu terkilan dan terharu akan semua perilaku fatin terhadapku. Aku masih cuba manahan sebakku untuk cuba control macho namun keadaan itu tidak bertahan lama setelah fatin menghabiskan ayat terakhir nya tentang kotak kotak hadiah itu dan dia memandang tepat kearah ku, lantas aku memandang kearah lain dan dia menarik bahuku ketepi,

" Kenapa ni?"

Tegur fatin dengan suara pelahan, pada saata mataku masih basah dan cuba berpaling untuk melihat akan wajah fatin.........................................



Duniaku menjadi hitam dan aku mencelik mata dan aku sedar aku bermimpi dan aku masih dikatil bukan duduk diatas tangga. Aku terus bangun dan cuba mengingat kembali mimpi aku tadi dan aku betul betul teringat akan asal usul pensil warna tersebut. Aku memang ada kampung di Selama, Perak dan ia adalah kampung nenekku yang tinggal bersama mak su aku. Disana aku memang mempunyai kawan kawan dan salah daripada mereke adalah adik beradik lelaki, nama yang aku tanda bintang itu adalah nama samaran kerana aku  tidak ingat akan semua situasi mimpi itu. Ketika pagi itu, begitu menghairankan aku tentang ingatan tentang pensil warna yang pernah ku beli dan menghadiah kan kepada seseorang adalah masih segar dalam ingatan aku, tetapi kepada siapa aku beri pensil warna itu aku tidak ingat, ketika itu memang hari terakhir kami di kampung nenek dan pada malam itu kami bertolak balik ke terengganu. Sebelum aku tidur aku niat untuk sambung semula mimpi itu untuk berjumpa dengan fatin lagi.

Sejak pagi itu aku begitu terasa akan kesan mimpi tersebut keatas diriku kerana aku mula merindui fatin dan ingin berjumpa lagi dalam mimpiku. Padaku fatin tidak lah secantik maya karim tetapi dia begitu cantik dimataku, senyuman nya dapat menbuat ku tersenyum dan perasaan ingin berjumpa dengan fatin sangat lah mendalam. Dan aku pernah terfikir sehinnga fatin ini ada wujud didalam dunia nyata ataupun alam realiti, aku sanggup mencarinya kerana dia begitu berharga bagiku, tapi gambaran wajah fatin telah lupus dalam fikiranku dan hanya tinggal sifat sifat nya menyentuh perasaanku. Hampir setiap masa ketika aku termenung aku teringat tentang pensil warna itu dan gambaran fatin, kenapa orang seperti itu hanya wujud dalam mimpi.

Kadang kadang aku lupa bahawa fatin hanya lah  khayalan dalam mimpiku, satu perkara yang menbuatkan aku terfikir, aku bermimpi akan perkara ini pada bulan puasa dan ternyata mimpi ini bukan datang dari syaitan dan apakah ini adalah satu petanda atau apa apa petunjuk. Perkara telah menbuat aku berfikir panjang dan aku menetapkan semua cerita dalam mimpi aku bersama fatin itu adalah satu khayalan dari alam mimpi dan walaupun ia berkait dengan memori aku dan juga kenangan silam. Sampai saat ini, aku masih berharap agar aku dapat berjumpa dengan fatin dan setiap kali aku hendak tidur aku masih berharap dapat mimpikan fatin.

Mimpi ini begitu besar kesan nya terhadap diriku, aku harap tuhan dapat ampun kan dosa ku sekira aku telah melangkaui batas batas pemikiran manusia dan juga perkataan ku yang tidak terkawal akan keghairahan ku terhadap mimpiku. Aku begitu berharap mimpi ini berkesudahan dengan secepat mungkin dengan akhir kata harap tuhan cipta "fatin" itu untuk aku.

MENGAPAKAH AKU INI BEGITU TAKSUB.................................