Tuesday, 5 March 2013

fall down

when you done wrong things and then you have been arrested. They will see you in every way of injustice person.
 You can never say anything, although you say it true, it will turn back to you. They said you are the worst person that they have ever met. 
so what, is that evil is better than you.
 For them every mistake or the wrong thing that we have done is unforgiven. when you try for forgiveness, they just hear and them they still said you are wrong and have done a big mistake, so nothing to forgive. 
At last, they said seek forgiveness from god, you are lucky, god still loves you until now.

Wednesday, 13 February 2013

kertas kuasa


Kota raya tempat tumpuan segala rakyat jelata, berpusu pusu, berdebar hati menuju kota raya. Segala gelagat, ragam, perangai, jantina, bangsa, dan agama mampu ditenung di semua kota raya seluruh dunia. Yang bakal mencetus segala rasa, kota raya tidak mengendahkan malam adalah untuk berehat, malah makin hebat disambutnya malam itu. Segala kemahuan dikecapi, berbagai nafsu boleh dilunaskan disini tidak mengira nafsu makan minum, nafsu kebendaan malah juga serakah hawa nafsu.


Kehidupan di kota raya besar begitu indah dan sangat memudahkan, segala bagai boleh didapatkan dengan mudah dengan bantuan kuasa kertas yang hebat mampu memenuhi hajat yang diidamkan. Kuasa kertas ini begitu menakjubkan mampu menjatuhkan sesiapa sahaja, dengan kuasa ini seseorang itu mampu menguasai dunia malah juga alam diluar sana. Boleh dikatakan semua benda didalam dunia ini boleh didapatkan dengan kuasa kertas ini. Kertas in bukan sebarang kertas, kertas ini mempunyai kuasa yang mampu mengubah dunia.

Kertas hanyalah kertas pada hakikatnya, apabila seseorang itu begitu taksub akan kehebatan kertas ini, maka terhasillah kuasa yang mampu mengoncang dunia, mengubah nasib dan takdir seseorang malahan percaya tiada yang hebat melainkan kuasa itu. Begitu ramai manusia rebah dengan kuasa ini, dan juga begitu ramai manusia bangun dengan kuasa ini. Kuasa ini menyebabkan manusia lalai dengan dengan diri sendiri malah tuhan makin dilupakan. Ketaksuban keatas kuasa ini mengubah pegangan dan kewarasan otak berfikir menyebabkan manusia bersifat kebendaan dan juga perasaan angkuh dan lupa diri.

Semakin menyerlah kuasa kertas ini apabila berkecimpungan dengan warga kota raya, disebuah tempat yang boleh didapati hampir semua barang didunia, dengan adanya kuasa ini seorang itu akan merasakan kuasa kertas itu telah menjadi kekuasaanya untuk memiliki semua benda yang ada. Kuasa ini juga mampu membuat manusia bergelimpangan dalam dosa, dosa yang mereka tidak kenal akan erti dosa. Mereka merasa perbuatan mereka ini tidak melibatkan hukum tuhan iaitu dosa,

kehidupan mereka lalui seumpama syurga. Syurga dunia ini terhasil oleh fikiran manusia sendiri, pada hakikatnya mereka sendiri memahami bahawa syurga adalah sesuatu yang mengembirakan, tetapi kegembiraan mereka yang mereka rasai itu adalah kegembiraan yang dimurkai hukum tuhan.

Cukuplah sekadar ini, jika seseorang itu sedar akan kuasa kertas ini tidaklah berkekalan dan ada pengakhiranya, mereka mungkin tidak terjebak akan rangsangan dan pengaruh kuasa tersebut. Kuasa kertas ini hanyalah sementara, walaupun ia dalam kuantiti yang tinggi dan mustahil kuantiti itu akan bertukar ke angka infiniti. Di fikirkan dengan logik akal, kertas ini pada asal nya adalah kertas biasa yang kuasanya dijelma sendiri oleh manusia. Kertas dihasilkan dari pokok dan juga daunan tertentu, kalaulah ketaksuban seorang itu untuk menghasilkan kertas kuasa ini ke angka infiniti, pokoknya dan daunya akan kepupusan diatas muka bumi ini, maka kuasa kertas ini terbatas dan tidak berkekalan. Ini belum dinyatakan melalui fatwa ekonomi tentang kertas kuasa ini dan tidak perlulah diterang. Pada hakikatnya, kuasa ini boleh digunakan dengan sebetulnya dengan keperluan tertentu dan tidak kearah menentang hukum tuhan.

Hakikatnya, aku adalah pentaksub kekuasaan kertas ini.



Monday, 4 February 2013

Jack Biru


Seawalan pagi yang kian gemerlapan disinari suluhan bintang bintang dibayangi daunan pokok merimbun meredup suasana alam. Aku terbaringan memandang langit gelap memikir kemana hilangnya siang dimana burung keriuhan berterbangan diawanan mungkinkah dipancung lalu bisu. Mataku berkelip kelip melihat lirikan bintang bintang yang tidak pernah kenal erti sedih. Kupikir kan alangkah bagus ku punyai seekor kuda bersayap yang akan ku gelarkannya sebagai jack.

Jack memiliki bulu halus membiru yang enak ditatap malahan sepasang kepaknya berwarna kuning keemasan. Tunggangan jack begitu menakjubkan sehingga taufan hebat dibelah tanpa sehelai rambutku keguguran, hairanya semakin laju tunggangan jack semakin jelas pandangan ku menatap alam hijau membiru. Pandangan alam tadi tidak lah seperti iklan di kotak suara yang mungkin ada disetiap rumah di planet bumi, ia berlalu dengan pantas.

kelibatan awan melanggar kelopak mataku kian berkurangan, mula lah menyerlah selautan gemerlapan dihiasi titisan kristal memancar cahaya masing masing. Kulihat jack berdengus sambil mengelip matanya kepadaku,

"ini baru permulaan"

mungkin ini isyarat jack kepadaku. Kami melayang bebas seperti komet yang tidak pernah kenal erti penat mengelilingi cakerawala. selepas berpuluh planet kami rentasi tanpa sebarang perasaan risau seperti meneraju sebatalion askar menuju ke medan peperangan. Misi kami adalah untuk menuju penghujung alam, lalu menjerit mengarah tentera kami menuju kedepan tanpa sebarang perasaan. Jeritanku mengejutkan mimpi mimpi seluruh alam sehigga kelihatan alam mula menunjukkan kemarahan dengan menghadirkan beribu komet menuju kearah kami. Alah bisa tegal biasa, kami menuju ke medan dengan menbawa  kelengkapan yang lengkap, komet tidak menjadi sebarang masalah dengan semburan api biru naga mampu memusnahkan semua komet dihadapan kami. Tiada sebarang yang mampu menghalang terajuan aku sebagai nahkoda kapal dalam peperangan ini.


Jack menunjukkan emosi serius setelah melihat selautan tentera menunggu kehadiran kami dihadapan, yang dapat kulihat dengan jelas mereka seperti menuggang binatang berparuh seperti helang manakala badan seperti T-rex dan hanyalah sebelah sayap yang mampu menerbangkan mereka. Jack mendengus lagu,

"lihatlah kebebatanku"

Lantas aku menjalankan tugas selaku nahkoda,

"tiada yang gentar melainkan emosimu"

Para pejuangku mula berteriakan kesemangatan, mereka bangga memiliki nahkoda sepertiku. jack laju menuju ke barisan hadapan tanpa sebarang keringat menitis. Jack ingin memulakan serangan balas, kembangan sayap jack menghasilkan cahaya hijau yang begitu tenang, sebalik cahaya tersebut terhasil panahan kristal seperti titisan hujan yang mahu mnyerang permukaan bumi.
serangan tersebut mula membanjiri kawasan medan musuh menyebabkan perasaan kelam kabut mula bertebaran dalam diri mereka. Tidak kusangka serangan tersebut mampu memutihkan padang menghijau, begitu hebat keperkasaan jack. Para pejuangku berteriakan menuju ke medan musuh, dengan baki musuh yang ada mereka mampu menghabiskan dengan hanya satu hikmat yang bernama membelah ombak.


Tugas kami belum selesai disitu, pasukan ini masih diterajui oleh aku, aku kembali menuju ke hadapan mencari penghujung alam. Semenjak itu, berbagai rintangan kami lalui dengan serangan hendap pihak musuh, bermacam jenis musuh kami rentasi malahan juga raksaksa raksaksa ganas menjelma. Kesemua itu, kami tumpaskan dengan segala hikmat yang kami ada. Perjalanan ini, seumpama tiada penghujungnya, setelah beribu ribu musuh kami tentangi masih lagi tiada dinding besar atau gaung dalam memberhenti perjalanan kami, disetiap musuh sepanjang perjalanan kami, kami tentangi dengan mudah malah tiada keringat yang menitis, tiada apa yang mampu memusnahkan api semangat kami yang begitu marak berkobar ini.

Ingin dijadikan cerita, kami masih dalam misi mencari peghujung dunia, Pasukan kami tiba dengan dugaan yang baru dan pelik. Dugaan ini, tidak seperti musuh musuh yang biasa kami tentangi, dugaan ini menyebabkan satu pasukan kami berhenti meneruskan perjalanan. Dilihatkan, dugaan kami seperti bayang besar, besarnya berlipat kali ganda lebih besar dari jack, jasadnya seakan bulat kebulatan dan tidak menghasilkan sebarang bunyi. Kami meneruskan larian ini tanpa memikir halangan didepan kami kerana tiada bahaya dikesan. Misi kami diteruskan dan perjalanan kami kembali diteruskan, semakin kami kehadapan semakin besar akan bayangan bulat tersebut. Dibetul hadapan bayangan tersebut, kami seupama seekor semut memandang awan dilangit, begitu hebat sekali bayangan ini. Tanpa mengucapkan sebarang kata kata atau amaran kepada kami, satu seruan atau bunyi yang sangat bisng terhasil menyebabkan kau dan jack terus rebah dan kulihat semua pejuangku terbaringan. Lalu bayangan tersebut menghasilkan kuasa terbesarnya dengan satu hikmat angin menyedut aku, jack dan para pejuangku kedalam bayanagn tersebut, kuasa tersebut tidak dapat kami sangkalkan walaupun dengan hikmat terhebat kami, dan kami tetap disedut kedalam.

Aku kembali sedar aku terbaringan diatas  padang rumput kekuningan. Aku lihat sekeliling hanya aku seorang disitu,inilah penghujung alam aku.

Apabila tentera yang telah tegar dengan peperangan, dan sentiasa menang dalam pertempuran,nikmat kemenangan selalu dikecapi. Selaku dipuncak, tidaklah bermaksud puncak itu selalu diatas.




Saturday, 15 December 2012

Pertuturan bisu mengamit Keruh resah

Langit berubah wajah menjadikan hari kian cerah dek lerekan matahari kian menunjukkan dirinya yang ganas  membara. Susana pagi cerah dicemuh dengan emosi manusia yang mendatar suram berbisik bisik sesama sendiri ada yang masih diam terbaring mungkin menunggu ajal menjemput. Kelihatan gerombolan manusia mula mengagahkan diri berkeliaran bersama pasangan dan juga berseorangan. Sifat ingin tahu sesetengah pihak begitu jelas mekar dalam diri mereka setelah kelihatan berkumpulan mula menghampiri kawasan semak yang berhampiran hutan belantara.

Mataku begitu megah terbeliak luas dengan sisa sisa tenaga yang tinggal, maklumlah setelah jasaku bertaburan setelah diri ditawarkan menjadi lagak sejenak askar menjaga ketenteraman malam. Aku bersama teman teman sepenjagaanku mengerah kudrat yang ada untuk bertindak secukup nya agar amanah ini dibalut dan diikat dengan baik dibawah jagaan kami. Diakhir waktu tugas kami dijamu dengan taklimat kapten aunu sebagai penjana semangat kami untuk memacu hidup sendiri dan kawanan yang lain.Aku merebahkan badan dengan nawaitu memulih daya kudratku yang kian lemah, tiba tiba sekawanan manusia berlari kearah kawan manusia yang terperangkap dicelahan hutan rimba. Salah seorang dari mereka dengan lantagnya bersuara;

Guys, i think we just found an interesting place for us to deploy a base. it was a huge blue sea to swim, a lot fishes waiting for us and safest place for us to get protected.

Lagak bahasa nya seperti orang barat, apabila ditatapkan wajahnya tidak ubah seperti orag melayu kita. Apakah tidak bersyukur sebuah bangsa untuk mengagungkan bahasa bangsa sendiri, mungkin lagak pemuda itu setelah bertahun lama menetap di negara orang sehingga dilupakan asal usul nya. Berita tersebut pada mula seperti gigitan nyamuk yang belum lagi kekenyangan sehinggalah kenyang nyamuk tersebut barulah tersentak kerana efeknya kemerahan dan kegatalan. Susana mula agak kecoh setelah respon mula terhasil dari neuron neuron otak ligat bersambungan mengedar rangsangan melalui pergerakan dan cetusan suara terhasil. Sekawan pembawa berita gembira kelihatan sibuk melayan karenah peminat peminat mereka, ada yang berebut rebut mendapat tandatangan mereka, begitu cepat pengaruh mereka menusuk hati hati peminat.

Kekecohan tersebut hanyalah tidak begitu mengemparkan pada akikatnya, kelihatan masih ramai lagi mangsa tidak mengendah akan perkhabaran mereka malahan ada yang cuba kembali memejam mata setelah terkejut dengan agenda perkhabaran itu. Suasana riuh tersentak dengan satu jeritan yang begitu lantang bergema;

perhatian

Kelihatan dua insan berdiri tegak di puncak tangga pintu keluar dbadan kapal terbang, salah seorang dari mereka adalah pilot kapal terbang iaitu kapten nasif manakala disebelahnya kelihatan ketua kami iaitu aunu. Apabila suasana diam membisu, mata mata kami semua terpaku terpana kearah mereka sambil menuggu alunan  suara mereka yang seterusnya. Aunu mula berbicara;

Maafkan saya, mungkin tindakan saya agak kurang menyenangkan anda semua. Saya tahu anda semua baru menerima satu berita yang mungkin mengembirakan anda semua, tetapi kita masih memiliki seorang kapten disini untuk membuat keputusan untuk kita semua. Oleh itu, saya mempelawa kapten kita untuk menyampaikan hasrat hati beliau.

Salam sejahtera semua, saya harap kamu semua dapat tidur dengan nyenyak semalam. sebelum itu saya ingin sekali meminta maaf atas kesulitan yang kita semua alami sekarang. Bencana ini kita semua tidak menduga bahawa akan menimpa kita semua. Oleh itu, saya harap kamu semua dapat bertindak dengan sewajarnya tanpa menyusah pihak yang lain dengan ada nya saya di sini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih keatas usaha sekumpulan yang baru pulang dari mengembara meredah hutan belantara bersusah payah membawa pulang perkhabaran ini. 

Sebelum itu, saya ingin semua penumpang penumpang melaporkan diri masing masing kepada saya sepantas yang mungkin untuk catatan saya, selain itu saya harap semua pihak memberi kerjasama. Saya disini bukan untuk berlagak sebagai ketua untuk membebankan kamu semua, ini adalah untuk kepentingan kita semua. Berkenaan dengan hal tempat baru tersebut, saya akan menyuarakan kembali setelah kamu semua hadir ke khemah saya.sekian.

Para pendengar mula berpandangan sesama sendiri dan ada yang menganggukkan kepala mungkin menunjukkan reaksi setuju dengan ucapan kapten tersebut. Dengan ada nya kapten nasif, para mangsa kelihatan seperti gagak terlepas dari tawanan dengan mendapat semula semangat mereka dan lebih jelas mereka mula berteguran sesama sendiri. Kelihatan kapten seperti artis terkenal yang sedang membuat persembahan dipentas setelah berpusu pusu para mangsa menuju kearah khemah kapten.  

    

Thursday, 13 December 2012

Kehadiran berganti Kehilangan

Kehadiran merupakan anugerah yang disenangi malah ada juga tidak disenangi manakala kehilangan merupakan agenda tidak disenangi oleh semua pihak malahan ditangisi. Kemunculan tampil dengan bermacam ragam mewujudkan suasana yang berbeza, mungkin pada awalnya mudah diterima dan juga mengambil masa untuk menerima. Kedatangan atau seruan yang datang boleh dalam bentuk jasad bernyawa ataupun barang, dek barang yang diterima umpama hadiah atau pemberian dijaga rapi, dipamer dan berbangga akan kemilikian tersebut, manakala jasad yang bernyawa, ditatang, dibelai, malahan disanjung.

Kehadiran ini adalah jasad bernyawa iaitu makhluk tuhan yang dipanggil kucing, jasad ini merupakan mahluk yang manja dengan semua manusia tidak mengira warna kulit ataupun wajah berlainan. Haiwan in adalah sangat setia dan sangat mengenali tuan empunyanya walaupun berpisah dalam jangka masa yang lama.

Pengalaman bersama darilah masih menjerit mencari ibu nya meminta susu, susu nya diganti dengan biskut kering pada awal anggapannya. Pergerakannnya lincah umpama haiwan yang sudah mengenali erti hidup, hampir setiap hari melayan karenah nya walaupun diri nya kerdil entah bagaimana perasaan nya hidup bersama makhluk gergasi malah berlainan spesis. Hari hari berlalu seupama jam randik berputar tanpa kehabisan hayat baterinya, kedewasaan nya terserlah apabila bergaul dengan spess sendiri malahan membawa pulang akan rakan rakan baru nya ke rumah.

Kehidupam kucing rumah ataupun kucng peliharaan ini seumpama raja, apabila lapar makanan dihidang, apabila bosan mulalah mengacaulah kaum kerabat rumah, ada perangainya melampau dan juga menjengkelkan. Adaptasi haiwan ini begitu mengagumkan apabila mula meniru gaya tidur seperti manusia dan juga makan apa manusia makan. Haiwan ini adalah anugerah yang kita tidak sedar akan kehebatannya, dalam sedar ataupun  tidak haiwan ini mampu mengeratkan silaturrahim antara manusia dan juga menbuat manusia lebih mementingkan akan keadaan sekeliling, seumpanya kebersihan.

Kehilangan adalah perkara yang tidak mustahil akan berlaku, setiap jasad bernyawa mahupun jasad kosong ada had hayatnya. Kehilangan ini lebih memilukan apabila kehadiran itu telah meninggalkan jasad manakala kehilangan yang kita sedar meninggal tanpa jasadnya wujud, ini menunjukkan jasad itu masih bernyawa, kehilangan tidak lah ditangisi hanya kerinduan yang menjelma.

 Usia tidak menendah sesiapa, terbang melayang tanpa pemberitahuan, usah lah dikira nyawa berapa, sampai masa berakhir titik peluh otot mengerak tulang temulang. Kehilangan nya begitu sadis dan traumatik, suasana murung menguasai segenap alam hanyalah nostalgia dan suka duka dirindui.Usah ditanya, kami lebih mengenali dia, kehilangannya tidak dapat diganti, apa kan daya tuhan lebih sayang kan usopp.

13.1.2012 sehingga 13.12.2012
R.I.P usopp


Thursday, 29 November 2012

Kelam membisukan leteran para suasana

Suasana kelam mula menguasai langit yang telah menang dalam pertarungan warna, terlihat bintang terang gemerlipan menari diatara cahaya terang si bulan. Terlihat sekelompok manusia berkumpul dibawah bayang bayang cahaya unggun api yang menyala garang menerangi satu sudut ruang. Mereka seperti  unggas liar terbang mengelilingi obor api tanpa menghasilkan sebarang bunyi.

Suasana tegang dipetang hari mula dilupai mereka yang telah dikuasai emosi trauma, kelibat aku seperti mereka juga sebagai mangsa pendaratan kecemasan. Aku hanya mampu memandang sekeliling menghayati suasana sambil melayan keghairahan unggas rimba berdansa keriuhan tanpa menghirau susasana sekeliling. Aku cuba mengimbas kembali suasana genting yang dilalui oleh penumpang kapal terbang dalam perjalanan ke Queensland yang mana terlibat dalam ribut angin lintang sepertimana yang dikhabarkan oleh kapten kapal terbang. Saat tersebut begitu pantas sehingga kelipan mata yang keduaku menjelma kepada suasana didarat sementara kelipan pertamaku masih di persimpangan udara. Aku cuba mamadam beribu anggapan aku untuk apa yang akan berlaku selepas ini, macamana, apa, kemana, bila, tanggapan itu menbuatku lebih risau malahan menbuat hati ku gundah gulana.

Aku cuba memejam mata untuk melupakan urusan dunia mencuba bermesra dengan alam khayalanku untuk menerjah masuk ke alam tidur, kesungguhan itu tidak berhasih kerana kerisauan hati begitu bermaharajalela sehingga mataku begitu ringan untuk berkelip kelip sepertimana hari hari sebelum. Pandanganku terbentang luas melihat mangsa mangsa seperti aku masing masing berselimut kesejukan, ada yang berpelukan yang keseorang ada yang terbaring dan tidak juga yang tidur kenyenyakkan. Bermacam ragam manusia berkelakuan tanpa menghiraukan susanan sekeliling, bilangan mereka tidak dapatku tentukan dalam suasana kelam sebegini. Aku cuba mencari seorang teman untuk berbicara menceritakan kisah silam masing masing, harapanku begitu mengeruhkan kerana suasana disitu begitu aman hanyalah lirikan suara unggas alam yang setia menemani teman temannya yang lain.

Suasan harmoni itu dicelah dengan begitu kasar malahan telah mengubah suasana ragam manusia disitu dengan diteliti tepat pada seorang lembaga manusia yang berdiri tegak dengan sepacak obor api ditangan. sejenak itu, lembaga itu bersuara,

"Maaf menggangu, saya aunullah, oleh panggil saya aunu, disini saya ingin memohon sedikit tumpuan dari kalian semua, saya ada beberapa hajat untuk dikemukakan, pertama, saya memerluka beberapa orang sukarelawan tidak kira jantina, tetapi saya lebih mengesyorkan dari kalangan kaum lelaki kerana sukarelawan ini diperlukan untuk menjadi penjaga malam sebagai langkah keselamatan kerana kita berada berhampiran kawasan hutan rimba. Kedua, saya harap kalian dapat tenangkan diri dengan pengalaman yang telah kita semua lalui pada petang tadi dan yang terakhir saya harap kalian semua dapatkan rehat secukupnya untuk kita menghadapi hari esoknya yang kita tidak tahu akan ramalan yang berlaku. Selamat malam semua."

Setelah lagak lembaga tersebut berakhir, aku sedikit tenang kerana ada juga orang yang mengambil berat akan keselamatan kami semua, walaupun ucapan lembaga tersebut begitu ringkas tetapi padat bersama sedikit pesanan yang berguna. Pada pandangan aku, aunu merupakan seorang insan yang boleh digelar hero walaupun lagak nya seperti ketua. Aku bangun untuk menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan kerana situasi diri tidaklah seperti memerlukan tidur. Langkahku melintasi segerombolan manusia yang berbaringan untuk mencari seorang  insan hero bernama aunu yang gayanya bersama obor api ditangan. Pencarian ini dimulakan dengan mata meliar melibas angin malam bekeliaran bekejaran sesama mereka,

Sunday, 18 November 2012

Roh Melayang Terbang

Disebuah negara dibawah jajahan negeri awan terdapat sebuah desa yang digelar kampung Air Terampung, begitu harmoni dan nyaman kehidupan desa tersebut malahan tersergam indah sebuah bukit terdapat sebatang pokok akasia diatas bukit tersebut.
           Disitu ada sepasang burung rajawali bertengkek diatas dahan sambil membincang isu masa depan mereka, terlintaslah pembualan mereka dengan seorang pemuda yang melabuh punggung dibawah pohon akasia yang mereka bualkan.
          Jack adalah pemuda tersebut, dia memandang awan kadang kala terlintas sekawan burung melintas sambil mengelap peluh didahi. Jack memandang sebuah bakul yang dipenuhi dengan jambangan bunga daisi.Jambangan tersebut merupakan janji yang ingin dikotakan kepada Eva ketika mereka bersama melihat matahari terbenam diatas bukit itu terdapat ladang bunga daisi yang begitu mekar kelihatan begitu indah dipancar dengan sinaran matahari terbenam.
          Hari itu merupkan jambangan yang ketiga yang dibawa setiap keatas bukit tersebut untuk bertemu dengan Eva dengan kesudahanya pandangan matahari terbenam itu ditangisi jack seorang diri. Jack bertekad pada dirinya bahawa Eva akan datang menemuinya pada hari ini. Kesedaran jack mula dimimpi dengan perasaan Jack ketika bersama Eva, perasaan tersebut tidak dapat diolah dengan kata kata malahan nafas ketika itu tidak sama dengan nafas yang dihirup pada hari hari lain. Kehidupan hari tersebut Jack harapkan tidak akan berubah ke hari esoknya malahan mahu kekal untuk seketika. Dari perasaan tersebut Jack tidak mampu meneruskan hari nya tanpa hari tersebut, hari itu begitu menghairahkan perasaannya untuk kekal untuk selama apakan daya Jack hanya seorang manusia biasa yang hidup seperti orang lain.
         Ingin sekali Jack mengucap kepada Eva bahawa tiada ketakutan yang tidak mampu diatasi, percayalah pada diri sendiri. Kehidupan yang keseorang adalah tidak benar, Jack akan berjanji akan selalu disampingnya malahan jack tidak akan pergi selagi tidak bersama Eva. Keinginan Jack berjumpa dan melihat Eva begitu kemuncak sehingga memanggil manggil roh Eva untuk bersamanya. Boleh lah Jack membawa Eva terbang melayang ke angkasa dan terus ke bintang paling jauh dan berharap hari bersama Eva tidak akan terus berlalu ingin sekali kekal pada hari tersebut.
        Bila hari kan hujan jack kan memeluk erat Eva menghilang kebimbangan dan kesejukan mengangu, dan berjanji akan bersama Eva setiap detik hayat Jack berlalu malahan hayat tersebut Jack akan korbankan untuk Eva walaupun sedetik saat berlalu begitu daif Jack menginginkan Eva sehingga hari tersebut kekal hingga detik hayat Jack berakhir. Berharap hayatnya lebih panjang untuk melalui hari hari sehinggalah kehujung hayat Eva, biarlah Eva mati dahulu asalkan Jack dapat menemani sepanjang hidup Eva.
       Titisan hujan mula membasahi muka Jack yang terbaring diatas bukit tersebut, Jack membuka mata, menyedari bahawa awan hitam berjaya mengalahkan awan biru di dada langit yang terbentang luas.Khayalanya berakhir bahawa Eva yang ditunggu hanyalah datang dalam hasil rekaan khayalan jack. Jack bangun terpandang jambangan bunga daisi yang masih mekar mula dibasahi dengan rengetan hujan. Jack memandang ke langit melihat kemegahan awan hitam mewarnai pemandangan malam hari, memejam matanya sambil mengucap dalam hatinya
    The Worries Disapper, I'm Glad You Are In My Life
        Jack mula langkah untuk meninggalkan kawasan tersebut sambil memandang jambangan bunga daisi yang elok disusun rapi didalam bakul, JAck mula berlari anak menuruni denai bukit tersebut dalam keadaan hujan rintik rintik membasahi seluruh kawasan desa itu.