Friday 27 July 2012

Keegoan Matahari Menguasai Perasaan Manusia

"encik, encik,encik,........."

Suara kecil bergetar getar ruang fikiran memanggil keluar dari kegelapan. Mataku mula mengesan sesuatu bergerak didepan ku, aku tidak pasti tujuan seseorang ini adalah untuk ku.

"encik, encik ok? encik ada cedera di mana mana?"

Terasa badanku digoncang goncang dan ternyata seseorang ini datang untukku. Aku berada alam keadaan separa sedar cuma menganguk, aku cuba dipapah oleh orang tersebut dan dibantu oleh seseorang lagi. aku gagahkan diri mengerakkan kaki untuk berjalan sambil dipapah dan dibawa berjalan agak jauh dari tempat aku duduk tadi, sehingga la orang ini berkata,

"encik, tangga, elok elok"

Aku mula mengankat muka an tiba tiba mataku pedih yang amat sangat, aku cuba menbuka balik akan mata ku dan kepedihan itu masih ada disitu, rupanya jumlah cahaya yang besar menbasahi suasana disitu. Aku hanya terfikir dimana kah aku ini. Setelah aku diletakkan bersandarkan sebuah beg troli yang besar, aku cuba mengingat apa berlaku sebelum ini, dan rupanya aku masih lagi ingat, aku dalam penerbangan sebuah kapal terbang menuju ke Queensland, Australia. Apabila aku teringat akan makluman kecemasan  kapten kapal tersebut akan pendaratan kecemasan, aku mula cemas dan memandang sekeliling adakah aku dah berada di Australia.

Aku melihat ramai orang disekeliling ku dalam keadaan bermacam macam ragam dan emosi. Tetapi aku merasa lebih menarik untuk bercakap tentang bentuk muka bumi disini, disebelah kananku adalah sebuah kapal terang yang ku naiki dan kapal terbang ini mendarat diatas jalan bertar seperti jalan dilapangan terbang yang biasa. Aku berpendapat ini bukan pendaratan kecemasan yang dimaklum oleh kapten kapal tersebut dan mungkin ini tidak mengalami kemalangan nyawa. Aku cuba bangun dari sandarku dan terlihat disebelah kiriku terdapat banyak beg beg troli kepunyaan penumpang penumpang dan juga para para wanita yang mungkin trauma akan kejadian ini ada yang menangis berpelukan dan ada yang ditenang oleh pasangan masing masing.

Aku seperti budak baru yang memasuki kelas baru dan sekolah baru apabila aku ingin memanggil sesiapa yang mungkin dapat ku bantu kerja mereka dan sesiapa boleh menceritakan kepada ku apa yang dah berlaku sebenar nya, dan yang paling penting adalah dimana kami berada sekarang. Aku melihat ramai lelaki yang kebanyak nya penumpang yang ku dapat bezakan nya melalui baju mereka, mereka berkejaran dari badan kapal terbang dan menbawa barang barang dan bag bag menuju tempat punggahan bag bag yang banyak tiak berkira. Aku mengambil keputusan untuk melihat mereka sahaja kerana mereke pun hanya melihat aku ketika aku bertanya sekiranya memerlukan pertolongan. Aku berlalu meninggalkan mereka dan mengangap mereka baru masuk shift dan masih ada tenaga untuk menbuat kerja punggahan tersebut.

 Selangkah sahaja kepusing kebelakang, aku terpandang satu track yang panjang dan dihujung sana hanya lah samaran hijau yang kuanggap rimbunan pokok atau lebih specifik lagi adalah hutan. Aku mula memandang kiri dan kanan track  dari hujung hingga ke kawasan aku berdiri adalah masih lagi rimbunan pokok menghijau dimanakah jalan raya, kesibukan lalu lintas dan orang ramai atau penduduk disini. Pemandangan tersebut mula menbuat perasaanku gundah gulana dan aku mulalah faham akan kenapa  ramai para para wanita menangismungkin bukan kerana trauma akan pendaratan kecemasan ini. Tanpa berfikir panjang aku terus berlari ke kawanan para lelaki yang memunggah bag bag itu untuk meyampaikan hastratku yang tidak kesudahan ini.

Tuesday 24 July 2012

Pertukaran Unit Gementar Menbolosi Ruang KeTeNanGaN

"pppranggg......"

kerusi yang ku duduki ini  kalau tidak diskru atau digam dengan betul, pasti ku telah melayang menghentak bumbung badan kapal ini. Gegaran tersebut menbuat semua penumpang diam membisu bak melihat Azmi muslim menjaring GOL pendahuluan ketika Malaysia menentang Arsenal lalu menjerit seperti orang gila kehilangan berus gigi Systema nya.Cuma aku saja yang cuba berlagak kool dengan mulut tertutup rapat dengan gegaran tersebut, mungkin ku terlalu takut hingga suaraku hilang menbisu. Suasana tenang seketika,

"Mohon maaf para penumpang sekalian, kita berada dalam situasi tidak menentu, saya harap penumpang sekalian dapat duduk ditempat masing masing dan dapat mengikuti arahan yang akan disusul seterusnya. Sekian , terima kasih."

Makluman tersebut telah merubah warna suasan ruang kami, bertambah lagi kekeruhan apabila safety gadjet keluar terburai dari atas kepala para penumpang. Mula lah para petugas petugas kapal tersebut iaitu pramugara dan pramugari mula menyibukkan diri melayan pertanyaan para penumpang setelah menghilangkan diri entah kemana mungkin diorang lepak kat bilik enjin sambil melayan daun terup, tanggapanku terhadap mereka yang yang hanya perfikiran hipokrit. Satu perkara yang aku kagumi adalah bro yang berada disebelah ku ini, berlagak terlampau kool seperti harimau yang kekenyangan setelah menbaham seekor gajah, ini bermakna, sekira seekor lagi gajah lalu depan dia sambil menunjuk jari tengah pon tidak dilayan, inilah bro harimau tersebut. Lagak beliau seperti biasa, memakai headphone dan mata terkebil kebil memandang bumbung badan kapal ini, aku juga tertanya tanya lagu apa lah yang menbuat beliau begitu tenang, nak diteka mendengar ayat ayat suci, agak mustahil apabila melihat penampilan beliau, tetapi ada yang menyatakan pernampilan tidak melambangkan hati orang itu sendiri. Apa yang aku terkejut, dengan selumber beliau memakai safety gadjet tersebut tanpa tanda tanya, ini bermakna beliau faham apa makluman itu disampaikan. Aku sibuk melayan karenah orang sedangkan diriku ini tidak kemana juga. Usah di angkat kain orang dijemuran sedangkan kain sendiri masih terperap dalam bakul tidak dibasuh basuh.

"awak!! rase nyawe dah panjang ke?"

"waaah... salam pun tidak main jerit je. amboi... elok bebenor tegurnya camtu."

getus hatiku setelah telingaku dikejutkan dengan jeritan yang tiba tiba, tapi suara tersebut adalah suara seorang wanita iaitu seorang pramugari yang kulihat agak comel, rambutnya pendek disisir rapi kekiri tambahan pulak makeup nya nipis, aku hanya memandang dan senyum sambil menganguk kepala dan memandang dia sehingga berlalu ke tempat penumpang yang lain, mataku terperasan nama dia tertera R.u.z.a.i.m.a.h.Walaupun nama nya tidak sekomersial malek noor tetapi suara jeritan wanita itu seenak karipap kapas masakan mak cik yah di simpang rumah ku, keinginan ku untuk mendengari lagi jeritan wanita tersebut telah menbuah satu akal yang bernas dengan menbiarkan life gadjet tanpa dipakai dan menunggu si dia datang memarahi aku dan membantu aku memakai alat ini.Bermula khayalan fikiran ku melayan layan sehinnga lah terlanggar bongkah batu besar. Fikiranku jauh meleret apabila seorang pramugara datang kearah ku dengan muka masam sambil menunjuk kearah alat tersebut sambil menbuat isyarat disuruh memakai nya.

"Sial lerk... takde mulut ke bang..."

Hatiku mula bergelegak kepanasan apabila rancangan ku tidak menjadi dan tambah pulak lagak lelaki tersebut seperti raja menjajah ditempat orang. Ingin sahaja aku menghentak beliau walhal aku yang salah. Tengah hatiku mengomel ngomel tentang lelaki tersebut seperti budak kecik meminta susu botol nya mintak diisi semula, terpandang lah bro sebelah  aku ini senyum sinis sambil memandang ke arah aku yang kegeraman ini, maka makin bertambah la geram aku. Tiba tiba beliau menurunkan headphone dan menghulurkan tangan ke arahku,


"Hai, nama ku Ahmad shakir, panggil aje sake, jangan lah ambil hati sangat dengan gelajat petugas disini mereke hanya menjalankan tugas masing masing."


"oh. ahmad shakir, panggil aje aku pesa, takpe takpe takde hal.."


Jawabku dengan lagak kool untuk menutup malu dengan kelakuan aku sebentar tadi. Semua sangkaaan ku terhadap bro yang bernama sake ini ternyatalah meleret, dia rupanya agak peramah walaupun keadaan beliau seperti hidup seorang diatas muka bumi ini tidak mengapa, tidak memerlukan siapa siapa untuk mendorong dan mewarnai warna kehidupan beliau. Aku mula memakai alat yang dipanggil safety gadjet yang berupa topeng bantuan penafasan. Suasana ruang kami mulai tenang apabila semua penumpang diam mungkin mereka sedang berdoa agar mereka selamat dan tidak ditimpa kecelakaan dan juga mungkin mengikut arahan petugas petugas supaya tenang dan tidak kecoh agar susana kembali tenang, dan usaha tersebut berhasil. Dalam keadaan suasana kembali tenang dan cuba menenangkan diri, tiba tiba, badan kapal mula menunjukkan petanda tidak baik, ia mula bergegar tetapi tidak sekuat gegaran  pertama tai, tetapi gegaran ini pelahan dan berterusan. Lampu merah menunujukkan isyarat "fast seatbelt" dan berkelip kelip dengan laju.


"Salam sejahtera tuan puan sekalian,  saya Nasif Idris, kapten kapal ini, saya harap tuan puan sekalian dapat bersabar keatas kesulitan yang berlaku, saya terpaksa melakukan pendaratan kecemasan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan kawasan pendaratan kita akan ditentukan mengikut bentuk muka bumi yang akan kita hadapi sebentar lagi. Sekian terima kasih."


......................................................................

Saturday 21 July 2012

Laluan Udara Merentasi Selat Sulawesi

"Ulangan pengumuman, kepada penumpang kapal terbang TaM 7721 akan berlepas ke Queensland akan bertolak dalam masa 10 minit, para penumpang diingat membuat apa yang patup agar perjalanan tuan tuan dan puan puan sekalian dalam keadaan selese dan selamat menikmati perjalanan ini, terime kasih"

Setelah habis pengumuman yang entah pape tersebut, aku lantas menyarung tali pingang keselamatan apabila lampu merah menunjukkan " fast seatbelt". Maka bermulalah  perjalanan penerbangan aku bersame penumpang penumpang lain, aku memilih untuk duduk disebelah tingkap agar dapat bertegur sapa dengan burung burung yang melambai sayap mereka. Disebelahku, yang ku lihat penampilan nya agak "setyle" dengan lagak seluar jeans lusuh dengan kasut converse highcut yang agak baru, mungkin dibeli semalam untuk perjalanan hari ini. Bro ini berbaju pemusik  legenda  iaitu Bob Dylan dengan gaya rambut kusut masai memakai headphone. Agaknya peminat musik kental lagak nya, situasi bro ni tidak menunjukkan untuk bertegur sapa lalu aku menoleh ketingkap sambil menunggu sekiranya ada burung yang hendak melambai lambai sayap nya ke arah aku.Setelah mataku penat memandang awan nan menbiru aku cuba memandang sekiranya ada pramugari yang lagaknya sehebat model, namun yang ditunggunya hanya angin "aircond" yang meneru deru menerjah ke ruang udara pesawat.

setelah agak lama selepas itu, aku sudah puas menunggu hanya seorang pramugari untuk melayan pemandanganku yang tidak berubah setelah detik detik masa berlalu. Ini lah hakikat penerbangan yang berkelas rendah berbanding dengan kelas atasan yang dilayan seumpama raja, namun aku tidak kisah dengan agenda tersebut. Aku cuba melelap mata dengan keadaan bosan menerjah ke pemikiran dengan harapan usahaku menjadi. Setiba sahaja detik ke arah alam mimpi, ku terkejut dengan suara sapaan seorang wanita menegur seseorang, lantas aku menbuka mata dengan seluas yang mungkin agar alam mimpiku beredar sebentar. Rupanya suara itu datangnya dari depanku, tidak sedar rupanya didepan aku adalah seorang wanita yang cuba menegur seorang petugas kapal terbang ini iaitu pramugaRA, alahai ada juga rupanya petugas ini walaupun dia seorang lelaki. Pada firasat ini, wanita ini mungkin kebosanan seperti aku lalu mengharap pramugara sekacak "anuar zain" datang menerpa ke ruang penerbangan berkelas rendah ini.

Setelah drama diantara wanita itu dengan pramugara tersebut berakhir dengan ucapan

"terime kasih ye bang"

Amboi berabang abang la pulak, cetus suara hatiku, dan suasana ruang penerbangan tersebut mula kembali normal. Aku melihat ke cermin tingkap dan mencari kelibat burung burung bertebangan, namun usaha nya tidak kemana, hanya lah terdampar lautan awanan kian mencoklat, aka sangka matahari kian berlabuh diufuk barat. Aku cuba melelapkan mataku sambil memanggil alam mimpi ku yang sebentar tadi kembali menerjah ke pemikiran ku yang kebosanan.

"Salam sejahtera tuan tuan dan puan puan sekalian, maaf menggangu, harap tuan puan sekalian dapt memakai tali pinggang keselamatan dengan seketat mungkin, kita berada dalam situasi angin lintang, berharap tuan puan sekalian dapat bersabar dan situasi ini akan berakhir sebentar lagi, terima kasih"

aku terkeluar dari alam mimpiku dan mata terpandang lampu merah menunujukkan "fast seatbelt". Aku terpikir ingatkan hanya dijalan darat sahaja terdapat situasi angin lintang, namun aku hanya mengikut sahaja arahan tersebut yang mungkin seorang ketua pemandu kapal ini. Keadaan kapal ini berada dalam normal dan tiada apa apa berlaku, aku memandang ke tingkap awan masih lagi menunjukkan warna nya coklat dan tidak menunjukkan sebarang tanda tanda berlaku nya hujan ataupun ribut.Sangkaan ku melarat apabila kapal ini mula bergoncang dengan sekuatnya, aku mula resah dan cuba menenangkan diriku, bro disebelah ku masih lagak yang kool memakai headphone walau dalam situasi genting ini.

"ppprrrrrraaaaaangggggggg"

........................................................................................
......................................................
.......................................
.....................