Wednesday 13 February 2013

kertas kuasa


Kota raya tempat tumpuan segala rakyat jelata, berpusu pusu, berdebar hati menuju kota raya. Segala gelagat, ragam, perangai, jantina, bangsa, dan agama mampu ditenung di semua kota raya seluruh dunia. Yang bakal mencetus segala rasa, kota raya tidak mengendahkan malam adalah untuk berehat, malah makin hebat disambutnya malam itu. Segala kemahuan dikecapi, berbagai nafsu boleh dilunaskan disini tidak mengira nafsu makan minum, nafsu kebendaan malah juga serakah hawa nafsu.


Kehidupan di kota raya besar begitu indah dan sangat memudahkan, segala bagai boleh didapatkan dengan mudah dengan bantuan kuasa kertas yang hebat mampu memenuhi hajat yang diidamkan. Kuasa kertas ini begitu menakjubkan mampu menjatuhkan sesiapa sahaja, dengan kuasa ini seseorang itu mampu menguasai dunia malah juga alam diluar sana. Boleh dikatakan semua benda didalam dunia ini boleh didapatkan dengan kuasa kertas ini. Kertas in bukan sebarang kertas, kertas ini mempunyai kuasa yang mampu mengubah dunia.

Kertas hanyalah kertas pada hakikatnya, apabila seseorang itu begitu taksub akan kehebatan kertas ini, maka terhasillah kuasa yang mampu mengoncang dunia, mengubah nasib dan takdir seseorang malahan percaya tiada yang hebat melainkan kuasa itu. Begitu ramai manusia rebah dengan kuasa ini, dan juga begitu ramai manusia bangun dengan kuasa ini. Kuasa ini menyebabkan manusia lalai dengan dengan diri sendiri malah tuhan makin dilupakan. Ketaksuban keatas kuasa ini mengubah pegangan dan kewarasan otak berfikir menyebabkan manusia bersifat kebendaan dan juga perasaan angkuh dan lupa diri.

Semakin menyerlah kuasa kertas ini apabila berkecimpungan dengan warga kota raya, disebuah tempat yang boleh didapati hampir semua barang didunia, dengan adanya kuasa ini seorang itu akan merasakan kuasa kertas itu telah menjadi kekuasaanya untuk memiliki semua benda yang ada. Kuasa ini juga mampu membuat manusia bergelimpangan dalam dosa, dosa yang mereka tidak kenal akan erti dosa. Mereka merasa perbuatan mereka ini tidak melibatkan hukum tuhan iaitu dosa,

kehidupan mereka lalui seumpama syurga. Syurga dunia ini terhasil oleh fikiran manusia sendiri, pada hakikatnya mereka sendiri memahami bahawa syurga adalah sesuatu yang mengembirakan, tetapi kegembiraan mereka yang mereka rasai itu adalah kegembiraan yang dimurkai hukum tuhan.

Cukuplah sekadar ini, jika seseorang itu sedar akan kuasa kertas ini tidaklah berkekalan dan ada pengakhiranya, mereka mungkin tidak terjebak akan rangsangan dan pengaruh kuasa tersebut. Kuasa kertas ini hanyalah sementara, walaupun ia dalam kuantiti yang tinggi dan mustahil kuantiti itu akan bertukar ke angka infiniti. Di fikirkan dengan logik akal, kertas ini pada asal nya adalah kertas biasa yang kuasanya dijelma sendiri oleh manusia. Kertas dihasilkan dari pokok dan juga daunan tertentu, kalaulah ketaksuban seorang itu untuk menghasilkan kertas kuasa ini ke angka infiniti, pokoknya dan daunya akan kepupusan diatas muka bumi ini, maka kuasa kertas ini terbatas dan tidak berkekalan. Ini belum dinyatakan melalui fatwa ekonomi tentang kertas kuasa ini dan tidak perlulah diterang. Pada hakikatnya, kuasa ini boleh digunakan dengan sebetulnya dengan keperluan tertentu dan tidak kearah menentang hukum tuhan.

Hakikatnya, aku adalah pentaksub kekuasaan kertas ini.



Monday 4 February 2013

Jack Biru


Seawalan pagi yang kian gemerlapan disinari suluhan bintang bintang dibayangi daunan pokok merimbun meredup suasana alam. Aku terbaringan memandang langit gelap memikir kemana hilangnya siang dimana burung keriuhan berterbangan diawanan mungkinkah dipancung lalu bisu. Mataku berkelip kelip melihat lirikan bintang bintang yang tidak pernah kenal erti sedih. Kupikir kan alangkah bagus ku punyai seekor kuda bersayap yang akan ku gelarkannya sebagai jack.

Jack memiliki bulu halus membiru yang enak ditatap malahan sepasang kepaknya berwarna kuning keemasan. Tunggangan jack begitu menakjubkan sehingga taufan hebat dibelah tanpa sehelai rambutku keguguran, hairanya semakin laju tunggangan jack semakin jelas pandangan ku menatap alam hijau membiru. Pandangan alam tadi tidak lah seperti iklan di kotak suara yang mungkin ada disetiap rumah di planet bumi, ia berlalu dengan pantas.

kelibatan awan melanggar kelopak mataku kian berkurangan, mula lah menyerlah selautan gemerlapan dihiasi titisan kristal memancar cahaya masing masing. Kulihat jack berdengus sambil mengelip matanya kepadaku,

"ini baru permulaan"

mungkin ini isyarat jack kepadaku. Kami melayang bebas seperti komet yang tidak pernah kenal erti penat mengelilingi cakerawala. selepas berpuluh planet kami rentasi tanpa sebarang perasaan risau seperti meneraju sebatalion askar menuju ke medan peperangan. Misi kami adalah untuk menuju penghujung alam, lalu menjerit mengarah tentera kami menuju kedepan tanpa sebarang perasaan. Jeritanku mengejutkan mimpi mimpi seluruh alam sehigga kelihatan alam mula menunjukkan kemarahan dengan menghadirkan beribu komet menuju kearah kami. Alah bisa tegal biasa, kami menuju ke medan dengan menbawa  kelengkapan yang lengkap, komet tidak menjadi sebarang masalah dengan semburan api biru naga mampu memusnahkan semua komet dihadapan kami. Tiada sebarang yang mampu menghalang terajuan aku sebagai nahkoda kapal dalam peperangan ini.


Jack menunjukkan emosi serius setelah melihat selautan tentera menunggu kehadiran kami dihadapan, yang dapat kulihat dengan jelas mereka seperti menuggang binatang berparuh seperti helang manakala badan seperti T-rex dan hanyalah sebelah sayap yang mampu menerbangkan mereka. Jack mendengus lagu,

"lihatlah kebebatanku"

Lantas aku menjalankan tugas selaku nahkoda,

"tiada yang gentar melainkan emosimu"

Para pejuangku mula berteriakan kesemangatan, mereka bangga memiliki nahkoda sepertiku. jack laju menuju ke barisan hadapan tanpa sebarang keringat menitis. Jack ingin memulakan serangan balas, kembangan sayap jack menghasilkan cahaya hijau yang begitu tenang, sebalik cahaya tersebut terhasil panahan kristal seperti titisan hujan yang mahu mnyerang permukaan bumi.
serangan tersebut mula membanjiri kawasan medan musuh menyebabkan perasaan kelam kabut mula bertebaran dalam diri mereka. Tidak kusangka serangan tersebut mampu memutihkan padang menghijau, begitu hebat keperkasaan jack. Para pejuangku berteriakan menuju ke medan musuh, dengan baki musuh yang ada mereka mampu menghabiskan dengan hanya satu hikmat yang bernama membelah ombak.


Tugas kami belum selesai disitu, pasukan ini masih diterajui oleh aku, aku kembali menuju ke hadapan mencari penghujung alam. Semenjak itu, berbagai rintangan kami lalui dengan serangan hendap pihak musuh, bermacam jenis musuh kami rentasi malahan juga raksaksa raksaksa ganas menjelma. Kesemua itu, kami tumpaskan dengan segala hikmat yang kami ada. Perjalanan ini, seumpama tiada penghujungnya, setelah beribu ribu musuh kami tentangi masih lagi tiada dinding besar atau gaung dalam memberhenti perjalanan kami, disetiap musuh sepanjang perjalanan kami, kami tentangi dengan mudah malah tiada keringat yang menitis, tiada apa yang mampu memusnahkan api semangat kami yang begitu marak berkobar ini.

Ingin dijadikan cerita, kami masih dalam misi mencari peghujung dunia, Pasukan kami tiba dengan dugaan yang baru dan pelik. Dugaan ini, tidak seperti musuh musuh yang biasa kami tentangi, dugaan ini menyebabkan satu pasukan kami berhenti meneruskan perjalanan. Dilihatkan, dugaan kami seperti bayang besar, besarnya berlipat kali ganda lebih besar dari jack, jasadnya seakan bulat kebulatan dan tidak menghasilkan sebarang bunyi. Kami meneruskan larian ini tanpa memikir halangan didepan kami kerana tiada bahaya dikesan. Misi kami diteruskan dan perjalanan kami kembali diteruskan, semakin kami kehadapan semakin besar akan bayangan bulat tersebut. Dibetul hadapan bayangan tersebut, kami seupama seekor semut memandang awan dilangit, begitu hebat sekali bayangan ini. Tanpa mengucapkan sebarang kata kata atau amaran kepada kami, satu seruan atau bunyi yang sangat bisng terhasil menyebabkan kau dan jack terus rebah dan kulihat semua pejuangku terbaringan. Lalu bayangan tersebut menghasilkan kuasa terbesarnya dengan satu hikmat angin menyedut aku, jack dan para pejuangku kedalam bayanagn tersebut, kuasa tersebut tidak dapat kami sangkalkan walaupun dengan hikmat terhebat kami, dan kami tetap disedut kedalam.

Aku kembali sedar aku terbaringan diatas  padang rumput kekuningan. Aku lihat sekeliling hanya aku seorang disitu,inilah penghujung alam aku.

Apabila tentera yang telah tegar dengan peperangan, dan sentiasa menang dalam pertempuran,nikmat kemenangan selalu dikecapi. Selaku dipuncak, tidaklah bermaksud puncak itu selalu diatas.