Monday 7 December 2015

Secebis surat mulai esok

Surat yang aku damping ini adalah surat layang untuk hari esok. Perkara esok adalah sesuatu yang belum wujud dan pada hakikat nya ia tetap berlaku. Perkara esok ini akan aku rangkakan sehingga menjelma dan ia tidak lagi menjelma menjadi perkara semalam.

Dalam rangkaan aku, aku berfikir sejenak untuk memulakan perjalanan perkara esok, bagaimana ingin aku  rangkakan sedangkan perkara itu belum wujud. Aku mulalah berkhayalan merangkakan perjalanan hari besok yang mana perkara semalam aku tinggal sejauhnya. Aku harap perkara semalam tidak lagi menghantui perkara esok, sudahlah mengejar aku lagi, aku sudah jemu dengan perkara semalam.

Ingin aku ketengahkan bagaimana perkara esok dirangka, perkara ini bermula dengan imaginasi, yang mana imaginasi adalah sesuatu anugerah tuhan yang tidak terhingga. Pada aku, imaginasi adalah adalah layangan ke langit hingga menjelma khayalan yang dibina atas perkara yang pernah disimpan didalam sistem penyimpanan memori iaitu otak. Perkara khayalan ini terbina atas dasar kemahuan diri sendri dan intuisi yang betul. oleh itu, khayalan juga terbentuk dalam satu babak atau agenda yang dibina atas sandaran peristiwa memori yang berlaku pada perkara yang lepas yang disimpan dalam sistem penyimpanan memori.

Pada erti kata lain, imaginasi adalah penghasilan imej imej yang merangkumi deria deria rasa yang kita kuasi pada tubuh badan.sekiranya satu contoh, aku berada di brussels, ibu kota belgium, aku datang ke belgium seperti biasa aku menaiki kapal terbang bukan aku terbang sendiri kerana perkara terbang telah diakui pada sistem waras kita untuk terbang perlu satu bantuan walhal dalam mitos alaladin untuk terbang juga menguna karpet dan juga mitos peter pan juga terbang mengunakan sayap. setiba aku di brussels, aku dapat membayangkan bagaimana kota besar itu berfungsi dan berjalan bagaimana kota lain berfungsi. Aku dapat gambaran ini mungkin daripada filem, telefilem ataupun iklan di kaca televisyen. Aku juga dapat menjelma imej imej orang di brussels yang membanjiri kota raya itu. Dan perkara seterus aku buat di brussels biarkan aku seorang menjiwainya. Aku cuba menekankan disini adalah imej imej yang dicipta adalah imej yang telah tersimpan dalam sistem penyimpan memori kita.

Dalam berimaginasi ini begitu baik untuk kanak kanak membesar kerana kanak kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. kanak kanak ini akan membina satu idea kedepan apabila dia memandang sesuatu perkara. Dia akan mengeksperi diri untuk memahami perkara tersebut dan memcuba membina imej yang baru (imej baru ini adalah gabungan imej yang lepas dan terhasil idea imej yang baru). Ini juga adalah satu jalan penyelesaian masalah yang baik untuk satu rangka masalah yang terbentang, Aku tidak dapat memanfaatkan fakta atau idea ini kerana aku tiada bukti yang bagus untuk sandarkan teori ini (ini adalah pemahaman aku).

Aku begitu terkilan kerana aku tidak dapat membedakan antara imaginasi dan mimpi. walhal dua perkara ini adalah signifikan yang hampir sama. Tuhan sangat maha hebat dengan menciptakan otak kepada manusia yang manusia sendiri tidak dapat menguasai sepenuhnya. Kita dapat mengawal otak dengan keadaan sedara dan separa sedar dan sebahagian otak kita lagi dikawal dengan perbuatan tanpa kita sedar. oleh itu, kita juga meyimpan imej imej tertentu tanpa kita sedar dan otak kita juga menyingkir imej imej yang dia rasa tidak perlu. Disini aku ingin mendefinsikan apa itu mimpi, mimpi adalah penghasilan imej imej tertentu yang terbentuk kepada naratif naratif dan pengembaraan. Konsep mimpi itu sendiri membenarkan ia berlaku apabila seseorang itu dalam keadaan tidak sedar ataupun dalam fasa tidur. Ini menunjukkan perkara mimpi adalah sesuatu yang bukan dalam kawalan kita sendiri malahan perkara mimpi terhasil dalam bentuk macam macam yang boleh melemahkan dan juga mampu menberi inspirasi ataupun lebih tepat sesuatu mengembirakan. Hampir kesemua mimpi aku lalui selama aku hidup, sidikit pun aku tidak faham akan jalan ceritanya mahupun tujuan mimpi itu terselit dalam malam malam aku selama ini. Pada imej imej yang aku faham atau pun wajah yang aku kenal dalam mimpi itu, aku mulai faham akan konsep mimpi yang terhasil daripada sistem penyimpanan memori tapi apabila aku terserempak dengan imej tempat yang aku sendiri aku tidak kenal dan juga berhadapan dengan orang yang tidak kenal. Setelah aku mendapat sedikit pemahaman tentang permasalahan ini, imej orang yang kita tidak kenal adalah imej orang yang lalu lalang disekitar kita pada hari hari lepas, manakala tempat yang kita tidak kenal adalah tempat yang kita tengok dan ambil tahu secara tidak serius, ia juga mungkin dari intrepertasi daripada tempat yang wujud yang pernah kita lihat ( aku tiada bukti yang kukuh untuk sandarkan teori tempat ini).

Sedikit kesimpulan yang mampu aku jelaskan disini adalah bagaimana sistem penyimpanan memori ini mempengaruhi imaginasi dan mimpi. Secara teknikal, teori imaginasi dan teori mimpi adalah penghasilan imej imej tertentu daripada kolam penyimpana imej didalam otak kita. Penguasaan kita terhadap imaginasi adalah bebas kerana kita mampu merangkanya kerna kita berada dalam keadaan sedar dan berfikiran waras. Manakala penguasaan mimpi adalah terhad malah sangat limit kerna kita berada di fasa tiada sedar dan kewarasan berfikir agak limit. Ini menunjukkan bahawa bahagian otak yang dapat kita kawal adalah penguasaan imaginasi sepenuhnya manakala bahagian otak yang dikawal oleh tindakan yang tidak sedar 'mungkin' dikawal oleh mimpi.

Dalam kefahaman aku yang kurang ini, aku tidak berharap ia menjadi fakta ataupun rujukan. Sedikit sebanyak perkara ini adalah daripada perahan kewarasan permikaran aku dan juga logik akal aku yang tidak seberapa ini.

Aku masih berharap akan jawapan yang baru yang akan menduga persoalan aku ini dan juga sedikit kebuntuan aku tentang imaginasi yang mana kita menghasil imej imej tertentu, adakah imej imej yang dihasilkan itu adalah imej yang baru ataupun imej yang kita sendiri menciptanya tanpa berpandukan kolam penyimpanan imej yang ada dalam sistem penyimpanan memori kita?



Monday 13 April 2015

Kewibawaan bercelaru

Disudut peta dunia, dikenali satu negara terdapat satu bandar yang dihuni berbagai adat resam yang berkecimpung dalam hari hari di dunia. Di tengah kesibukan bandar terbina satu kondo yang dihuni oleh leena. Dia termenung jauh ke awan gelap menunggu ketibaan sang bulan. Di wajah leena, terserlah kedutan keresahan. Leena cuba melindung keresahan nya disebalik tirai merah dijendala bilik nya. 

Leena seorang gadis sunti  yang hidup dalam keresahan kota raya yang kian pesat menyerap penat lelah warga kota. Dalam kehidupan kerjaya baru nya, leena cuba hidup sebagai warga kota yang normal, yang tahu salah silah kehidupan kota raya. Pada kotak pemikiran leena, dia merasa kehidupan yang dihadapi sekarang begitu ghairah dan menyeronokan. Disebalik keghairahan itu, leena cuba mentafsirkan ghairah itu sebagai ghairah yang perih sepertimana yang leena faham, ia begitu berat dipikul. Leena cuba memberi satu situasi yang pernah leena lalui, sewaktu pulang kerja, leena pernah diajak oleh teman teman sepejabat untuk menghadiri satu parti hari jadi seorang teman di satu kondo mewah. Ghairah yang leena cuba maksudkan adalah perasaan teruja untuk merasai suasana di parti itu. Ghairah yang perih pula adalah perasaan yang tidak enak yang leena tidak sangka sangka akan melalui nya. Untuk lebih mendalam leena akan beri satu contoh suasana di satu parti, ia samada parti liar atau tidak, ia bergantung pada para hadirin yang nengawal suasana parti tersebut. Apabila leena berada dalam satu majlis parti, perasaan gembira akan pertama sekali menyerlah dan akan membuat diri tidak terkawal akan perbuatan diri sendiri. Bagi leena gembira sangat bahaya, pernah mama leena pesan semasa leena kecil, jangan gembira sangat, nanti ada yang menangis tu. Leena harap contoh itu sudah jelas dan terang. 

Leena ini seorang gadis optimis, leena akan tersedar akan sebab dan akibat akan perbuatan nya. Leena tidak mahu menyesal dikemudian hari. Bagi leena, setiap peristiwa atau perbuatan nya akan ada hikmah. Jika hari ini bukan nasib leena mungkin esok atau lusa nasib leena, leena lebih suka akan pemikiran begitu untuk meyakinkan dirinya dia masih berpeluang dan masih ada harapan untuk leena. Leena paling takut adalah karma, karma juga dikenali sebagai bala bagi sesetengah orang. Leena merasa karma ini begitu menakutkan kerana akan perbuatan sendiri samada sengaja atau tidak ia pasti diulangi keatas diri leena. Yang paling leena sedih, karma itu menghantui akan keluarganya samada anak anak leena, adik leena, ataupun kawan kawan leena. Leena sering berharap karma ini tidak akan pernah kenal leena. 

Leena menutup tirai langsir merahnya, dan kembali ke katil empuk leena. Leena harap dalam lena leena, leena dapat mimpi akan putera impiannya datang selamatkan leena dari kehidupan kota raya yang begitu memenatkan. Dalam cubaan menutup mata, leena mengubah posisi tidur leena kepada mengiring, leena terpandang satu kotak Malboro softpack yang sudah kemek. Leena mendengus, leena lupa akan rokok nya sudah habis, leena terpaksa memikir macam mana perasaan hendak membuang air besar esok pagi tanpa sebatang rokok malboro. Dalam keresahan itu leena tertidur memikir nasib pagi leena.