Wednesday 29 October 2014

waktu aku pulang kerja

Ini cerita aku

Macam hari hari biasa, bersedia untuk langkah keluar dari pintu office, terpampang wajah cik lana menunggu aku didepan pintu office aku.

jom

lagak bersahaja cik lana sambil menarik tali leher aku,

kemana kite hari ini, 
macam biasa la

terpampang braces gigi cik lana sambil leret tersenyum,

comelnyer

gertak hati aku, walaupun sudah ke berapa kali cik lana ni senyum, aku masih tak puas medamba senyuman itu. kami selalunya lepak di gerai Pak kudus hanya beberapa hasta dari bangunan kerja kami. Pada mulanya cik lana ini agak gelisah gaya untuk lepak di gerai pak kudus ni, setelah di sekolah  kan, cik lana ni menghalau perasaan egois nya yang girang itu. Pernah dulu, masa awal kami lepak disitu, cik lana pernah berceloteh

din, malu lah I, dengan skirt singkat dengan kasut tumit tinggi ni nak lepak gerai macam ni.

dengan air milo O masih dalam kerongkong, dengan bersahaja aku memjawab,

dah tu, asal tak tanggal je dekat office skirt U dengan kasut bertumit tinggi tu

Cik lana ni beranggapan gadis kota raya perlu bergaya ranggi untuk berjaya. saja aku nak menyakat cik lana ni, suke aku melihat gaya tarik muka dengan mulut muncung tu.

Petang itu, macam biasa aku meng order milo kosong dan cik lana pula apple ais tapis pada anak gadis pak kudus, rasanya namanya cik intan. Memang niat aku untuk lepak situ untuk usha anak pak kudus ni, pada mula aku kerja lagi, aku terserempak cik intan ini macam cinta pandang pertama.

wah.. indah

Macam biasa, kami akan berborak pasal kerja di pejabat, pasal ibu bapa dikampung, macam mana piala malaysia sekarang, pasukan mana masuk final champion league. Pada aku, cik lana ni menyampah apabila dia bercerita pasal kucing kembar nya, rubi dan juli. Mulalah dia mengomel pasal rubi dan juli ni, aku mula memekakkan telinga dan memandang cik intan ni. 

Sudah seteguk air milo ditelan, kami mula beredar menuju ke destinasi masing masing, sempat aku memandang ke belakang memandang lambaian tangan comel cik lana melambai tanda berpisah. Aku menuju ke stesen monorel Tun Sambanthan. Sambil menunggu monorel, macam biasa aku akan meluangkan masa dengan novel The fault in our star karya john green ni. Aku mula membelek halaman semalam yang aku tanda, dan mula menyandar selesa, aku terpandang ke depan, seberang landasan monorel, terlihat seorang awek bertudung biru dengan blouse merah. Mukanya agak keresahan dan matanya sudah berkaca, mulalah pipinya kemerahan, Alangkah bagus aku berada diseberang sana, 

akan aku memeluk mu erat menghilang resah mu. 

Ingin aku menyelami perasaanya, aku cuba menghubungkan perasaannya menguna ilmu ajaran Pak tito yang aku belajar dikampung sana. Ini aku panggilkan ilmu telekinesis, untuk semua tatapan tidak cenderung ke arah kurafat.Perasaannya mula terawan awan ni kotak fikiran aku. Gadis sunti ini rupanya tinggal ni dikawasan setapak, dan itu sahaja info yang dapat aku kongsi. Gadis sunti ini aku kenalkan sebagai cik nadia. Cik nadia ini memang tiada masalah hutang dengan lintah darat, malah kereta swift nya dibayar awal pada setiap bulan. Cik nadia ini berasa dirinya begitu bersalah pada ibu bapa dan adik beradiknya. Dia begitu menyayangi keluarganya seperti mana cik lana menyanyangi keluarganya. Masalah yang dia hadapi adalah, dia berperasaan bahawa perasaan cintanya kepada ibu bapa adalah tidak mencukupi dengan hanya memyimpan perasaan perasaan itu didalam hati. Bagi cik nadia, kasih sayang itu akan menjelma apabila dia menunjukkan sesuatu atau membuat sesuatu yang membuat keluarganya bangga, baru perasaan cinta itu timbul dengan sempurna dalam hatinya. Malahan, dengan hanya menelefon ibu bapanya dikampung, dia hanya mampu menyebut 

nad sayang mama abah sangat sangat

tapi sebutan itu hanya dibisik didalam hatinya yang dalam. Cik nadia ni begitu sensitif dengan isu isu kelurga yang sering terpampang didada akhbar mahupun dikaca televisyen. satu yang perkara yang nadia tidak mampu menghadapi adalah kehilangan ibu bapanya. Perasaan tersebut begitu pedih dan pilu, apabila nadia akan terbayang perasaan tersebut, nadia akan menangis keesakan hingga basah bantal busuknya. Bagi nadia, perasaan itu bagaikan esoknya sudah tiada.Apa yang aku dapat simpulkan nadia ini mungkin tiada housemate ataupun baru clash dengan crushnya. Firasat aku berkata, mungkin nadia ini begitu sibuk dengan hal diri sendiri dan dunianya dan pada satu masa dia sedar akan hal ini, dia mula berasa untuk memikir akan hal keluarganya dikampung macam mana ibu bapanya berasa apabila anak anak mereka begitu sibuk dengan hal kerja dan lupa bertanya khabar tentang mereka, walaupun dalam hati ibu bapa cuba menghilangkan perasaan untuk menyatakan anak anak mereka itu telah lupakan mereka dan cuba memujuk hati mereka untuk menunngu sampaian perkhabaran itu Nadia tidak mahu menjadi anak derhaka kepada kepada ibu bapanya, oleh kerana itu perasaan itu mula menghantuinya setiap hari. Lalu monorelku yang menuju kl sentral sudah tiba, pandangan aku ke arah cik nadia mulai lenyap. Bergegas aku melangkah kedalam monorel untuk melambai ke arah cik nadia, setiba di tingkap kaca monorel, aku sempat melampai tangan dan menunjuk isyrat menyelap air mata dipipi. Lalu monorelku berlalu pergi meninggalkan cik nadia di stesen monorel tun sambanthan. Harapnya aku aku masih berpeluang untuk bersemuka dengan cik nadia selepas lepak dengan lana esok. Dengan ini, aku sudah mendapat tujuan aku untuk bangun pagi esok untuk berkerja.

wookeh.... its time to go home.....