Wednesday 2 March 2016

remoteness

Terikan matahari membuat sarah tersentap dari lamunannya, pipi merahnya merasa kehangatan sinar mentari pagi. sejak dari bangun tidur tadi, sarah termenung memandang sejenak alam yang tehidang indah di jendela tingkap bilik sarah. Bayangan wajah sean masih menari di kaca mata sarah, bagaimana sarah teringat akan memori memori bersama sean, bagaimana mereka berkenalan, pengalaman mengembara ke bukit borough, berkelah ditepi tasik dan keluar malam ke taman tema. memori memori ini sangat indah buat sarah. setiap detik detik itu, sarah kenangkan sampai ke mimpi mimpi sarah. pada cuti musim panas tahun ini, sarah pulang bercuti di rumah keluarga pak cik stew di daerah utara bristol, desa kecil backwell.  desa backwell mudah dikenali kerna desa ini teletak berhampiran dengan lapangan terbang daerah bristol. Percutian musim panas ini sangat memenatkan sarah berbanding dengan percutian musim panas yang lepas. Pada tahun ini, kemunculan sean dalam hidup sarah begitu menceriakan hari hari sarah, berbanding dengan cuti musim panas lain, sarah banyak berkurung dalam bilik sambil melakar gambaran alam di atas kanvas putih, sarah selalunya akan tepisah dengan rakan rakan sekelas setibanya cuti musim panas. Kebanyakan rakan rakan sarah akan bersorakan apabila tibanya cuti musim panas, sarah hanya mampu tersenyum melihat rakan rakannya berterikan akan rancangan cuti panas mereka. tapi cuti musim panas kali ini, sarah merasa begitu berlainan, ada sesuatu yang mengusik hati dalam sarah tentang seorang lelaki bernama sean ini.

Detik pertemuan mereka bermula ketika sarah dan kakak sepupunya, lydia ke taman tema. Disana , mereka mencuba permainan menembak, salah seorang rakan kepada lydia iaitu sean sedang mencuba permainan menembak tin tin sasaran. disitu kami berlima, rakan kepada lydia menemani kami iaitu, lara, josep dan sean. mereka mencuba permainan itu dan sarah tidak mahu mencuba kerana menembak itu bukan kerja perempuan. Sesudahnya, hasil mereka berjaya mendapat tiga anak patung beruang, ini adalah hasil bidikan dari lydia, lara dan josep. reaksi sean agak muram dengan mukanya tersenyum teripu sipu dengan tangan kosong. Pada sarah, reaksi sean itulah membuka persoalan kepada sarah untuk mendekati sean. mereka berseronok pada malam itu, yang mana sarah berjaya dekatkan diri dengan sean dan memulakan perbincangan kosong. Perkenalan itu membuat sarah terasa dirinya ceria dan harmoni. sarah begitu selesa berbual dengan sean, jenaka sean mampu membuat sarah tersenyum dan sean suka bercerita tentang pengalamann hidupya. Perkenalan itu berterusan sehingga ke ganggang telefon, kami mampu berbual panjang tentang kehidupan dan sean seorang pendengar yang baik dan mampu bereaksi dengan baik apabila sarah meluahkan tentang masalah masalah yang lalu. Bagi sarah, sean ini seorang yang memahami diri sarah, seorang lelaki yang baik dan juga dari keluarga yang baik baik. Pada saat itu, sarah mula mengenal rindu terhadap sean, walau siang semalam sudah ketemuan bersama sean, pada malam nya sarah sudah mahu berjumpa dengan sean lagi. Bibit bibit cinta sarah terhadap sean mula berputik ketika pengembaraan mereka bersama rakan rakan lydia ke bukit Borough. Semasa perjalanan turun dari bukit borough, meraka terpaksa meredah hujan, dalam suasana begitu, meraka tidak dapat berlari menuruni dengan laju kerana lantai pendakian mereka begitu licin dek air hujan mengalir turun ke kaki bukit. Di kaki bukit itu, mereka terperangkap di dalam kereta lara. Ketika itu, hujan sangat lebat dan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan pulang. mujurlah kipas pemanas suhu masih berfungsi dengan elok bertambah pula mereka terpaksa memakai baju yang kuyup dibasahi hujan tadi. dalam kelam kabut itu, sean sempat menghangat tanganya dan terus menhangatkan kedua belah tangan sarah. tindakan spontan itu, sarah terkedu dan satu lontaran senyuman dari sean membuat sarah khayal dalam lena rintikan hujan. Kehangatan tangan sean itu begitu meninggalkan kesan kepada sarah malah sarah masih dapat merasai kehangatan itu pada pagi ini. dalam kehangatan cinta sarah ini, sarah masih merasa sedih dan bimbang, bagaimana kehangatan cintanya juga dikongsi bersama sean? adakah hanya sarah seorang sahaja yang tenggelam dalam keriuhan rindu ini? apa pula sean juga mengilai nya sebagaimana sarah mengilai sean, persoalan persoalan ini begitu bermain di benak pemikiran sarah. Adakala sarah sudah tidak sanggup menahan penantian ini, sarah sudah tidak setabah sean yang selalunya tersenyum ketika mereka bertemu dan sangat mesra apabila mereka bersama. Sarah sudah keliru dengan permainan apa sean mainkan ini. Apabila perasaan ini menimbul tebal di benak pemikiran sarah, kehangatan cinta dan rindu sarah mula berkurangan dan semakin kurang.

Dalam dua tiga hari ini, perasaan sarah begitu tidak selesa sewaktu mereka bertemu, mahu pun berdua ataupun bersama rakan rakan yang lain. Sarah cuba menjarakkan dirinya dan pada masa yang sama sarah juga berjaga jaga dalam tindakanya itu untuk tidak menunjukkan sarah tidak suka bersama dengan sean, malahan juga sarah selalu beralasan dengan senyuman bersahaja. dalam keadaan itu, sarah hanya mampu menjerit dalam hati

sarah suka sean

Bila perhatikan sean, sarah selalu tertangkap dengan sean dan sean selalunya menbalas senyuman yang comel, senyuman itu membawa seribu makna buat sarah, perasaan yang berkecimuk dengan perasaan indah yang menerima mesej senyuman itu dan dijuga diadun dengan perasaan yang menindakkan mesej itu yang menyatakan sean telah menbalas cintanya. Pada pagi ini, sarah telah berjanji untuk menemani sean membeli barang dapur di pekan bristol. Sean akan datang menjemput sarah pada 10 pagi, jam dinding sekarang menunjukkan jam 923 pagi. sarah merasa begitu berat untuk bangun untuk bersiap, sarah juga tidak mahu menbatalkan janji temu mereka, itu mungkin menbuat sean merasa terluka. Bagi sarah, senyuman sean adalah segalanya, sarah tidak mahu langsung sean kelihatan sedih mahu lagi terluka. tindak tunduk sean yang ceria sangat mengembirakan sarah. Tepat jam 10 pagi, sean tiba dengan trak pikup coklatnya, sambil melambai tangannya ketika sarah menbuka jendela biliknya, tersenyum riang hati sarah melihat gelagat sean. keriangan itu tidak bertahan ketika sarah mengangkat kot panas nya ketika mahu membuka pintu utama rumahnya. sarah mula terfikir akan perasaan bimbangnya, sarah keluar dengan senyum ketat dan sambil berlari anak ke arah trak sean. Dalam perjalanan ke pekan, sarah tidak banyak bercakap hanya menjawab pertanyaan sean dengan jawapan yang ringkas sahaja. sarah berasa begitu suram dalam trak itu, semua soalan sean begitu menyakitkan hati nya, malah ingin sahaja sarah menjerit

sean, diam!!  apa kamu mahu sebenarnya

perjalanan yang panjang itu membuat sarah berpeluh gelisah, padahal perjalanan mereka untuk ke pekan bristol itu hanya memakan dalam masa 20 minit. Sarah merasa perjalanan mereka begitu lama dan menyeksakan. Sarah melihat sean masih dalam keadaan biasa dan tenang  tidak juga dia bertanya andai sarah okay ataupun perasan akan perubahan sikap sarah melayan sean. Sebenarnya, sarah bersyukur akan ketenangan sean kerana sarah sangat takut akan apabila sean sudah tidak mahu melayan sarah lagi. Setibanya di pasaraya, sean menolak troli dan mengeluarkan senarai barang yang mahu dibeli, tugas sarah adalah mencari seksyen mana yang terdapat barang yang ingin dicari. Pada satu seksyen dimana mereka mencari madu lebah, sarah terlihat gelagat sean di satu sudut seksyen itu sambil mencari madu nya. tiba tiba semua keraguannya hilang entah bagaimana, sarah tersenyum dan menbawa satu balang madu lebah kepada sean, dengan senyum girang sarah menghadap sean

awak, saya sudah jumpa madu awak ni, 
nah

ketika sarah menghadap sean untuk menberi madu yang dicari sean, sean meyambut tangan nya dan membaca urutan kata di balang jar madu itu. sarah dapat mendengar hembusan nafas sean dan juga dengutan jantung sean. Pada kala itu, hanya sarah sahaja yang memahami bagaimana jantung sarah berdengut kencang dan bagaiman nafas sarah juga tidak menentu, hebat sekali perasaan itu. Di kala itu juga, keraguan sarah tadi tiba tiba menjumpai jalan pulang untuk kembali kepada sarah. Perasaan ragu ragu sarah berjaya menempis kebahgian sarah dengan tanggapan yang menyatakan ketakutan sarah yang bagaimana sean memandang sarah sekarang, adakah pandangan sean itu juga sama dengan pandangan sarah sekarang. Sarah cuba menghilangkan perasaan girang itu kerna takut takut perasaan nya adalah palsu, biarlah ia menjadi perasaan kosong tanpa apa apa perasaan. selama ini sarah telah mengerah semua kudratnya untuk menyampaikan cinta hati sarah tapi hasil semua usaha nya kelihatan masih diragui. hampir hampir sahaja hati sarah pecah berai dengan harapan sean memahami cinta hati sarah. dalam senyum sarah tadi sarah bersahaja

sean, apa barang seterus nya

sean pun terkejut dan meletakkan madu tadi dalam troli mereka dan berlalu ke seksyen seterus nya. Sarah berjalan mengikut belakang sambil melihat jasad sean yang membaca senarai barang seterusnya, sarah sudah tidak mampu menyatakan perasaan apa yang sedang sarah alami sekarang. sarah cuba menindak kan barisan lirik lagu photograph yang dinyanyikan oleh Ed sheeran. ed ada menyatakan dalam lagunya tentang cinta

loving can hurt sometimes

bagaimana rasa cinta ini selalu memeritkan dan sangat memenatkan sarah. bagaimana Ed menyatakan cinta ini kadang kala terluka. tapi mungkin kisah cinta Ed dengan kisah cinta sarah begitu berbeza, dalam lagu itu juga, Ed ada menyatakan

the only things that i know
when its gets hard
you know it can gets hard sometimes
it is the only makes us feel alive

Sarah juga memahami bagaimana kelukaan itu menyedarkan akan kisah kisah cinta yang ada diatas muka bumi ini. Mungkin itu menyebabkan kisah cinta sarah sangat berbeda dengan kisah cinta meraka. Walaupun sarah mampu mengetahui kisah hidup sean, latar belakangnya mahu pun apa jua yang membawa minat sean, adakah usaha ini begitu payah untuk memikat hati sean. sarah begitu berharap akan  balasan cinta sean kepadanya. apakah dunia sedang menghukum sarah?

Hari hari berlalu tanpa kelibat jasad sean, ini menbuat sarah sangat terkilan tapi ini cukup untuk menenangkan hati sarah. Dalam cubaan untuk menjarakkan dirinya kepada sean, tapi hati rindu sarah tetap membara. Dalam hari hari itu, cuti musim panas sudah menghampiri penghujungnya. pada saat ini, sarah merasakan cuti panas tahun ini yang paling teruk dalam hidupnya. Hitungan hari musim yang bakal berakhir ini, hampir setiap masa, sarah mahu sean datang membawa dia pergi jauh dalam dunia ini. mahu saja sarah mendengar ucapan cinta dari sean, dan sean masih tetap dengan senyuman comelnya yang sanggup menunggu untuk menyelamat akan hubungan mereka. 

kejam nya awak sean
tiada makna hubungan ini kalau aku yang menuggu seseorang yang tidak wujud

Pada hari rabu, 27 september 1995, hari terakhir sarah dan keluarga di pekan beckwell. tarikh ini akan sarah ingat sampai bila bila. Sarah begitu semangat untuk menunggu hari ini tiba, sarah sempat membantu mak cik ellie menyedaikan sarapan pagi. Pagi sarah itu berlalu dengan gembira dengan sarapan yang enak dan hangat, emak sarah, puan mila agak pelik akan tindakan sarah selama ini tidak pernah menolong nya di dapur. Selepas sarapan itu, keluarga sarah bersiap siap untuk pulang ke wolverhampton. Pada pukul 1115 pagi, mereka sudah menbungkus barang masing ke dalam trak ayah sarah, encik robert. Sebenarnya sean dan rakan rakanya sudah datang pukul 10 tadi, tapi sarah buat buat sibuk untuk melayan sean. setelah "urusan"nya tadi sudah selesai, sarah mula mendekati sean dan berbual kosong perihal perjalanan pulang sarah dan barang yang di kemas nya. Perbualan kami berakhir dengan senyuman comel dimana, sean ada mengucapkan

semuga kita ketemu lagi
seronok kenal dengan awak, sarah!!

Sarah hanya menganguk dan menbalas senyuman sean. sarah menutup pintu trak ayah nya dan memandang ke tingkap melihat gelagat sean yang melambai selamat pulang kepada kami dan semakin lama lambaian sean hilang dicelah lorong rimbunan pokok. Sarah mula menyandar ke kerusi dan kepala nya menoleh ke langit, matanya mula berkaca, hatinya separuh mati...

what the fuck, what the fuck, what the fuck
persetan kau, sean!!     





No comments:

Post a Comment