Wednesday 13 April 2016

ilustrasi

kelihatan bas kuning yang behenti tadi berlalu meninggal seorang lelaki berdiri di tepi jalan sambil bersandang kan sebuah bag jack wolfskin coklat di bahu, berbaju t shirt hijau muda kosong, berseluar jeans lusuh berkasut jack purcell biru. Disitu lelaki itu mula melangkah melintas jalan yang baru sahaja dia menjejak kaki disitu. Lelaki itu kelak mungkin bernama simon, Simon yang baru sahaja melalui perjalanan yang panjang diatas kerusi keras di dalam bas kuning itu tadi. Lagak simon yang berkaca mata hitam itu seperti artis yang baru mahu menigkat usia dalam industri musik. Dia menoleh kiri dan kanan mungkin mencari suatu tujuan yang benar mungkin agakan yang bernas. Lantas, simon menyeluk talifon pintar didalam bag sandangnya, mungkin perkiraan beliau sekira nya dia mengadap talifon itu, orang sekeliling nya tidak tahu dia itu kali pertama datang ke tempat ini. walhal, pada tujuan nya, simon ingin memastikan arah mana yang patut dia tuju dengan menguna kan aplikasi " route me". sekiranya sedetik, aplikasi itu berfungsi dengan meyatakan arah mana yang simon seharusnya ke mana.

Terpaan langkah simon itu menuju ke sebuah taman perumahan lama yang penduduk disitu memanggil Istramil Valley. Dalam langkah itu, kepala simon masih menghadap ke skrin talifon pintar nya. Pada anggaran aku, dia masih memerlukan kesaktiaan aplikasi " route me" itu tadi, aku tidak mampu menerjah kearah simon kerana hari ini begitu panas, aku terpaksa berteduh di bawah pohon. aku juga perlu bertindak dengan cepat sekira kira aku terlepas akan simon melangkah jauh meninggalkan aku. Aku cuba berpindah dari sebatang pokok ke sebatang pokok lain untuk mengikuti langkahan simon.

Kelihatan air muka simon berubah, pada mula aku anggarkan mungkin hari ini begitu panas, mungkin ini mmbuat simon ini kelihatan muram, tiba tiba nya, tangan nya tadi mengeluarkan kembali talifon pintar dan mengketik butang buka kelihatan foto paparan utama itu jelas kelihatan seorang gadis dipeluk oleh seorang lelaki dari belakang, wajah mereka dalam foto itu terserlah dengan keindahan mesra dan begitu gembira. Hanya beberapa detik foto itu ditatap, tangan simon yang memegang talifon pintar itu tadi kembali ke poket seluar jeans lusuhnya. tetapi simon masih tetap dengan wajah mencuka nya tadi. Aku mula befikir siapa kah gadis misteri ini, apa yang istimewa sangat dengan simon sampai mampu memeluk gadis ini dari belakang. Sekiranya, gadis ini adalah teman istimewa nga, lagaknya mesti begitu berlawanan dengan reaksi nya tadi. Begitu pelik watak lelaki ini, kenapa perlu begini, jelaslah dengan aku.

Dari langkahan pertama tadi, simon masih belum behenti kerana mungkin destinasi masih belum tiba, kali ini, air muka simon tiba tiba menjadi ceria apabila tolakan jari nya kearah taifon pintar semakin ke kanan kelihatan foto foto gadis itu tadi berhelain menari nari di kaca talifon nya, begitu banyak foto gadis itu di dalam talifon pintar simon. Adakala simon tergelak seketika melihat gelagat gadis itu dalam album fotonya. Kelihatan simon bahagia sekali sedangkan simon keseorangan yang masih melangkah yang aku belum tahu arah nya. Apakah simon ini telah terkena panahan cinta dari sang cupid yang mana dewa ini di besarkan oleh Dewa Mars dan Dewi Venus. Inilah mainan dunia, perkara begini mereka memanggilkan dewa dewi ini adalah mitos. apa mereka tahu menahu sampai sanggup meletakkan mereka sebagai mitos,

ishh manusia manusia

tidak seperti simon, dia telah mati dalam racun cinta, dia tidak mengendah perkara lain, tidak sibuk menindak apa yang mereka tidak nampak atau dapatkan dengan jelas, mereka letakkan sebagai file file misteri dan meletak mereka sebagai lagenda/mitos. Aku tidak mahu menahu tentang orang orang ini, aku tak mahu ketinggalan akan simon sekiranya aku berkisah panjang tentang manusia sebegini. Pada perkiraan aku, virus cinta yang telah memamah diri simon ini berkisar tentang kasih sayang yang begitu dalam yang membuatkan simon mampu terawang didalam dunianya tanpa ambil kisah pasal realiti dunia simon sebetulnya. kisah cinta ini ada tengelam dan timbulnya, bagaimana simon melihat wajah kesayangannya itu mampu mengubah emosi nya menjadi gembira apa sekali duka.

Aku agak terkejut, apabila emosi simon berubah dengan mudah sekali. perubahan ini adalah perubahan yang besar bagaimana emosi seseorang itu dari emosi muram ataupun sedih dan dengan sekelip mata , ia mampu berubah kepada emosi gembira. Begitu pelik sekali apabila manusia itu berada dalam fasa bercinta ini. Medium yang begitu berkuasa ini memainkan peranan penting dalam hal cinta adalah salah satu nya adalah foto. Dimana, peristiwa peristiwa yang dirakam dan dijelma diatas satu lampiran kertas yang diperbuat daripada gelatin. bercerita tentang peristiwa, bagaimana peristiwa itu seharusnya mengandungi esen esen yang bahagia. Apabila satu peristiwa itu dirakam dimana semua anggota badan jasad dibekukan dan kekal dengan paksi dan begitu juga dengan air muka jasad. Pada penafsiran penagih penagih cinta, mereka mampu mencari remedi kerinduan dan sumber aspirasi dari medium ini kerana mereka dapat menzahirkan kembali perasaan cinta dan bahagia mereka. Pada ketika itulah mereka akan kekal bahagia sampai sampai bila bila kerana masa telah membeku mankala hati dan mata mereka masih terbuka luas untuk menerima racun dan virus cinta mereka. Medium ini begitu berkuasa kerana mereka mampu beranggapan teman istimewa nya selalu berdamping rapat dengan nya tidak kira dimana mereka berada. Medium ini menjalankan tugas dengan menyamar sebagai jasad teman istimewanya, walaupun di simpan didalam album foto, didalam dompet mahupun hanya foto berukuran pasport. Cinta mereka tetap bersemi dengan utuh walaupun ditimpa dek hujan.

Jelas sekali kehebatan kuasa cinta dari panah sang cupid itu, kisah cinta simon tetap tidak berhenti walaupun simon behenti di satu pondok menunggu bas. Kelihatan simon mengeluarkan satu kotak rokok Malboro light dari beg sandangnya mungkin untuk melepaskan penat berjalan tadi. Rokok disedut dalam dalam dan dilepas sesunnguh sungguhnya, mataku pedih apabila asap itu menerpa wajah aku, agak biadap simon berlagak bersahaja begitu. Aku tidak kisah, sudah bermacam asap aku telah telan dan aku masih tidak kisah. kelihatan simon masih menatap talifon pintarnya, kali ini bukan foto album yang ditatapnya. Satu aplikasi yang bergelar telegram dibuka dan satu tata nama "bebi kam bek" ditekan, Pada ketika aku mula lah faham akan situasi simon ini, bagaimana simon ini memang tenggelam dalam dunia cintanya yang bagi aku begitu naif. Sedikit penjelasan tentang kisah cinta simon ini, bagaimana perhubungan simon dan seorang gadis yang berlangsung secara jarak jauh dan juga gadis ini, simon mula berkenalan pada satu pesta buku di satu kota besar. Bagaimana mereka terpaksa menzahirkan perasaan cinta mereka melalui medium media massa dan teknologi canggih yang giat berkembang pada dinihari. Pada perkiraan aku, hubungan ini sudah bertahan hampir dua tahun, selama mereka bercinta ini mereka dapat bersua muka pun hanya beberapa kali. Detik detik mereka bersama itu mereka kuncikan dalam satu medium iaitu fotografi. Baru lah aku faham bagaimana simon begitu menghargai esen esen bahagia di dalam medium itu.

Setelah lenguh duduk di bangku pondok bas itu, simon kembali meneruskan perjalanannya. Langkahnya menuju ke deretan rumah pangsa ungu, lagak simon seperti tercari cari alamat rumah seseorang sambil menatap talofon pintarnya. Setiba di satu halaman rumah, mungkin rumah ini yang dicari simon, kelihatan dua kanak kanak bermain basikal bersama sambil gelak ketawa. Tiba tiba budak budak itu menerpa ke arah simon,

do u looking for mummy?

Simon terseperti tergaman dengan pertanyaan kanak kanak itu, lantas menganguk. Kanak kanak itu berlari ke pintu utama rumah sambil menjerit,

mummy, mummy

Kelihatan simon masih terpinga terpinga, aku tidak dapat menafsir akan situasi simon yang reaksinya yang sebegitu. Simon sempat membetulkan baju dan seluarnya sekiranya ada yang tidak sedap dipandang. Kelihatan seorang gadis memakai t shirt putih bercorak "i love melbourne" berdiri di pintu utama rumah pangsa itu. Gadis bermuak terkejut dan terus diam seribu bahasa melihat akan jasad simon yang sedang berdiri di halaman rumahnya. Simon cuba memula bicara dengan mengankat tangan

Hi rosita, do u still recognize me?

Gadis itu hanya mengganguk dan mengukir satu senyuman, tetapi rosita masih belum meluahkan apa apa sehingga lah kanak kanak tadi menerpa kearah rosita dan memeluknya

mummy, why dont u invite him into our house?

rosita tidak berkata apa apa dan hanya memandang kearah simon, simon kelihatan terpana dengan soalan kanak kanak itu tadi. Simon cuba mengawal emosi walaupun kelihatan telinga sudah merah mahupun matanya hampir berkaca. lantas simon bersuara,

sorry kid, i think i got the wrong house, see you then

simon berlalu pergi dan berpaling sekali mungkin untuk tolehan terakhir melihat gadis itu dalam hidupnya. Dalam langkahan itu, simon hanya memandang ke langit sambil mencari sesuatu, mungkin simon mencari sang cupid yang kejam yang telah memanahnya dengan anak panah racun berbisa yang mana panah itu sudah melekat pada hatinya, payah untuk simon membuang panah itu. Simon singgah kembali ke pondok menunggu bas tadi untuk menyalakan satu batang rokok malboro light. Sambil asap dihembus, akhirnya matanya mengalir. Sebak dibuatnya akan situasi simon, ingin aja aku memeluk simon itu dan menenangkannya dan membisik

lupakan rosita, rosita kejam 

apakan daya aku hanya alunan angin yang berkadaran sederhana menemani simon menangis di pondok bas sambil rokok malboro lightnya disedut dalam dalam.



No comments:

Post a Comment